Friday, April 20, 2012

KEJAYAAN TAK DATANG BERGOLEK

Assalamualaikum reader(s)

selalunya kita ni sebagai manusia nak kan semua benda jadi mudah. nak kan semua benda jadi cepat. kalau boleh semuanya nak harapkan miracle datang menjelma. nak nak lagi bila tengah sesak. otak pun tak boleh nak berfikir mana yang betul mana yang tak. bila kerja menimbun tak siap, mula la pejam mata sambil berhajat, mintak mintak la bila aku bukak mata nanti semua keje keje aku ni siap. lepas tu... bukak mata perlahan lahan.. taraaaaaaaa.!! @!#@$@#%!.. tak siap lagi rupanya. tengok, dah buang masa berapa saat pejam mata tadi. 

aku bukanlah seorang mahasiswi yang berdisiplin. aku suka habiskan masa aku dengan benda tak berfaedah tapi aku anggap dia berfaedah. antaranya adalah facebooking, twitering, blogging, stalking, gossiping, dan bermacam macam -ing lagi lahhh. kenapa aku cakap benda ni semua berfaedah bagi aku.? sebab perkara lagho ni lahh yang selalu menghiasi hari hari aku. sampai aku buntu bila aku tak buat ni semua. kalau aku malas nak online pakai lappy, aku boleh online pakai henfon aku yang cikai tu. tengok, macam mana aku nak buang tabiat ni semua kalau all of these stuffs always beside me.? nampak tak kat sini aku marahkan gadget gadget aku.? aku tak marahkan diri aku sendiri yang tak pandai kawal diri. nampak tak aku pilih kasih.? fine.! semua dah jelas. haha.

aku ada impian nak berjaya. aku ada impian nak banggakan family aku. aku ada impian nak bagi ibu dan ayah menangis gembira tengok kejayaan aku. aku nak kan yang terbaik untuk orang orang yang aku sayang. tapi aku ni malas. aku pun mengaku aku ni malas. malas sangat nak study. liat sangat nak baca buku. Encik ayah selalu cakap, kamu tu bukan tak pandai, bukan tak boleh buat. cuma malasnya besar sangat. sampai tak larat kamu nak bawak. nampak tak Encik ayah bagi sindiran pedas+berapi kat situ.? aku akui aku suka baca buku networking yang tebalnya beratus ratus muka surat. aku akui aku suka baca buku C++ yang harganya mencecah ratusan ringgit. aku akui aku tak pernah mengantuk dalam kelas Operating System sebab terlalu fokus dengan apa yang diajar oleh lecture. aku akui aku selalu menjadi orang pertama menjawab soalan Computer Organization apabila lecture utarakan soalan. aku akui apa yang aku cakap tadi semuanya dusta. aku akui.! faktanya adalah aku sangat suka baca novel novel PTS yang cover dia comel nak mati.! aku pernah cerita pasal minat aku kat PTS punya novel dalam blog ni. Click Here. aku ada bannyak buku buku macam ni. contohnya, Aku, Dia dan Glamour, Diva Kampung, Gadis Bubble Gum, Chronicle Gincu, Akukah Cinderella Itu? dan banyak lagilahh. nak pinjam meh datang rumah. ehh. promote pulak. haha.

Alhamdulillah. semester lepas aku berjaya buat salah satu dari impian aku. aku berjaya buat ibu aku menangis gembira. mungkin bagi akak akak, abang abang yang duduk universiti tu tengok aku dapat AKJ(Anugerah Ketua Jabatan) macam cikai cikai je. kau budak poli, boleh lah skor. lain lahh kami ni, budak U. susah. semua kene cari sendiri. well hello my dearest sista and brotha.! kami pun cari bahan kami belajar sendiri. kami buat study group sendiri. kami tak bergantung sepenuhnya pada lecture. fyi, we're just the same.! aku pun tak faham kenapa setengah student U bangga sangat dengan tittle UNIVERSITI tu. padahal budak poli pun grad keluar diploma jugak. manusia manusia -.- aku harapkan aku istiqomah dalam kejayaan aku. tapi.... aku ada 3 hari lagi nak exam dan banyak lagi chapter yang aku kena cover balik. huru hara lahh  hidup aku sepanjang musim exam ni. aku ni pun satu. exam pun nak, enjoy pun nak. cemana nak dapat anugerah lagi semester ni.? mampukah aku kekalkan sijil ni sampai semester 6.?? tepuk dada, tanya iman awak lah Qila. keep trying. 



dedicated to : semua yang saya sayang.! InsyaAllah, akan terus berusaha untuk menjadi yang lebih baik :)




okayy, nak kene out dan berhenti online semua nih. kakak kesayangan sudah bagi warning. a big sorry kakak sayang. hehe :)


p/s: good luck kepada semua kawan kawan yang akan amik final, doakan kejayaan kita bersama sama :) 

  

4 comments:

Rara said...

universiti ke, mane ke, asal rajin study, berjaya, tetap berjaya

..: Cik Qila :.. said...

tak semua orang fikir macam kau ziera :)

..: Cik Qila :.. said...
This comment has been removed by the author.
mrs mustache said...

congrats QILA !