Saturday, September 24, 2011

PEREMPUAN DAN FESYEN

Assalamualaikum reader(s)

Nowadays, kalau kite jalan mane-mane mesti kite da boleh nampak  para jelitawan yang kenakan pelbagai jenis fesyen. aku tak cakap tak boleh, aku tak cakap tak elok. aku pun suka tengok budak-budak ni stylo. bermula dari plain shawl sampai ke bermacam-macam corak pashmina. diorang ni sangat peka pada perubahan yang terjadi pada dunia fesyen. contohnya bila orang cakap sekarang ni trend tapered pants, bergegas lahhh semua wanita dan perempuan #bukansemua# pergi ke mall berdekatan untuk merembat sekurang kurangnya 1 tapered pants. bila tapered pants dah tenggelam, keluar lak long skirt. maka ini jam jugak bergegas bukak blog-blog yang ade jual long skirt. and the list goes on, kesannya, banyak lahh baju yang dalam wardrobe tu sempat dipakai 2 atau 3 kali je. yela musim dah habis, takkan nak pakai baju yang sama je kann. nanti org kata, "you're so 2000 dowh.!" mana nak letak saham. merudum nyahh~

betul lahh kata orang perempuan ni ade 9 nafsu. nafsu kat sini besar skopnya ye. nafsu makan, minum, berlari, dan salah 1 nafsu yang cuba aku sampaikan ni adalah nafsu shopping. bila sekarang pattern shawl hana tajima, semua excited naak pakai shawl camtu. walaupun tahu muka dorang tak sesuai untuk pakai shawl macam tu. tapi takpe, fesyen punya pasal, sesuai atau tak, belakang kire. yeah, i know woman very well, coz i'm a woman too. aku pun tak terlepas tamparan 9 nafsu ni. orang beli make up, kite pn nak beli walaupun kite tw at the ends kite cuma pakai sekali dua je sebab segan.

so benda benda macam ni buat aku terfikir, apa yang aku kejaar sebenarnya.? kalau nak kan kepuasan, aku tak pernah puas pun, we sacrifice a lot just to impress others. macam tak berbaloi. what we can do is stop comparing ourself with others. sebab kalau kite keep compare diri kite dengan yang lain, kite tak kan pernah puas dengan pe yag kite ade. orang ade MAC, kite pun nak. orang ade simplysiti, kite pun nak. orang ade PRADA kite pun nak. secara tak langsung kite akan bersaing sesama sendiri walaupun hakikatnya both of you are bestfriends. sedar tak.?? lagi satu, bile kite sibuk na bersaing, bermake up bagai, secara langsung kite akan melewatkan segala urusan seharian kite.bila nak solat nak kena pakai remover and all. lepas tu nak make up lahh balik, lilit shawl lahhh, benda 10 minit dah jadi 45 minit.

apa yang kita kena ubah kat sini adalah cuba tahan nafsu kita yang 9 tu before they controlling our mind. kita juga bole cuba kurangkan stalk fashionista. bila kita tak stalk die, kite tak taw the latest fashion in market sekaligus dapat menjimatkan dan mengawal nafsu kite. sometimes, simple is more kann. tak perlu lahh nak ikut aliran fesyen sangat. tak terkejar. tapi, kalau dah minat, nak buat macam mana kan, terpulang lahh. kalau semua perempuan kat dunia ni fikir macam aku, takde lah fashionista. sepi la dunia tanpa hiburan kan.

apa yang paling penting kat sini adelah level of confidence. kite kene konfiden walaupun kita pakai baju kurung dengan crocs je. tapi janganlahh sampai mencapai tahap riak yang melampau sampai pergi kat mana-mana model sambil cakap "hello, aku cantik je walaupun tak pakai macam kaw~" memang aku gelak lah lepas ni kalau kaw pakai baju kurung dengan crocs kan. haha. bile kite simple ni, kite akan rase macam "i am pretty just the way i am" dan komfom tak kan terpengaruh lagi dengan orang laen. ohsem kan macam tu. hati tenang, duit pun selamat :)





 

1# saat menggilai shawl, eyeliner & mascara yang sometimes aku rase menyusahkan aku. ==" we learnt from mistakes kann .

 

2#keluar pulak patern cotton shawl. tanak kalah kau~



 

this is the most preferred. sekarang pegi mana-mana aku cuma pakaki syiria je. mula-mula memang rase macam i am not belong to that group bile ade kawan yang cantik-cantik, pandai bergaya. but, atas berkat keyakinan aku, aku berjaya menepis segala rintangan dan halangan yang menimpa #ayatnakskema#


p/s : ni hanya pendapat aku. everyones has their own opinion rite.? :)



Friday, August 19, 2011

GILA

Assalamualaikum reader(s)


lately rajin lak aku menghapdet blog aku kann.? dulu kemain, berbulan bulan aku anak tirikan blog aku walaupun hari hari online. err.. salah aku ke.? dah lama aku tak mengarut nih. tangan dah gatal nak menulis macam macam. otak dah pesat membangun dengan idea idea yang merapu.  oke, memang blog aku blog merapu. so what..??

hari ni kita na bukak isu pe plak ea.? ce tengok tittle. ce tengok ce tengok.. oke, hari ni aku nak merapu pasal gila. tau tak gila ni ada macam macam jenis.? tau ta tau ta.? betul.. aku tak tipu. die ade macam macam jenis. semua orang ade penyakit gila nih. cuma tahap keseriusannya je yang berbeza.aku takde la na bebel pasal semua jenis gile ni. aku nak cite sikit je yang menjadi pilihan hati dan sanubari aku. oke, jom kite tengok jenis jenis gila nih.


1- GILA MEROYAN

mengikut orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak. Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan. Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak. Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan menjaga bayi mereka. Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak. Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku kepada semua bangsa. 

2- GILA PANGKAT / GILA DARJAT /GILA GLAMOUR

gila yang ni memang bersepah lahh. tak kire orang awam mahupun kakitangan kerajaan ataupun golongan profesional. budak budak sekolah sekarang pun dah pandai nak pulun semua jawatan dalam kelas tu sorang sorang. die lah ketua, die lah penolong, die lah setiausaha, die lah bendahari, semua die nak sapu sorang lahh. pe, kaw ingat golongan veteran je boleh bermasam muka sebab jawatan.? budak budak ni pun dah pandai lahhh.

masalahnya, bila semua tugas / jawatan die nak pulun sorang, mampu ke seseorang tu nak jalankan tugas die dengan baik.? emm, macam tak kann. so, bagilah peluang kat orang lain sama. jangan terlalu mementingkan diri sendiri. tak ke mana pun kalau jawatan bertimbun, tapi keje 1 pun ta jalan. lagi 1, sebelum nak memikul 1 jawatan tu, fikir masak2. macam mampu ke aku nak pikul tugas ni.? ikhlas ke aku nak jalankan tugas ni ataupun aku ni saje je gatal nak mengejar glamour.? kalau setakat nak jadi ketua paling tinggi dalam 1 organisasi disebabkan mengejar nama, bungkus angan angan tu, letak dalam guni, simpan dalam peti besi, tanam dalam tanah.  ramai lagi manusia yang berpotensi jadi ketua yang berdedikasi daripada golongan yang suke mengejar nama ni. betul ta.?


3- GILA COVER

yang ni aku tak berapa nak taw lahh na cakap cmne. cover ni terbahagi lagi pada beberapa bahagian. cover cun, cover malu, cover lepas kentut dll. yang ni aku nak cerita pasal cover cun dan bajet smart. sorry to say, salunya sifat cover mengcover ni menjelma bile seorang hawa dilihat, diperhati, dipikat oleh seorang adam. mula lahhh nak tiup2 tudung, sikat2 rambut, kelam nak cari beg mekap bagai. hey kawan, ntah ntah mamat tu tgk kaw sebab ade cili kat gigi kaw. kaw lak dok gedik gedik menyotong cover yang kaw ni wanita paling cun kat alam semesta. tak perlu lahh macam tu. kalau kita ni dicopmohorkan oleh seorang adam sebagai perempuan perasan camne2.? suke ke.? mesti tak kann ----> tatau lak kalau ade yang suke. tak paham aku. ==" bajet smart lak orang yang jenis tak boleh terima kesalahan. oke, contoh, weyh, kaw buat ni salah lahhh. tengok jawapan kat depan tu. lalu dengan angkuhnya die menjawab, alaa, aku silap sikit je nih. jwapan die 34, jwapan aku 64, nanti aku betulkan lahhh. tengok tengok, berlagak tak berlagak spesies camni. kalau salah, tanya lah pada yang lebih tau, jangan berlagak pandai. t kaw jugak yang rugi beb. =="

tak perlu lahh nak cover cover sangat. just be ourself peeps. nape nak jadi orang lain kalau tak mendatangkan faedah pada kite kan.? mentang mentang seorang adam tu pakai jubah, serban. kaw pun dan dan nak tukar pakai jubah, tudung sampai buku lali sebab nak nampak perfect di mata seorang adam tersubut. padahal kat belakang <....speechless....> tak perlulah plastik sangat. tak kekal pun kalau tak buat dari hati.  am i rite.?

4- GILA GILA

gila yang ni aku tak kisah. gila yang ni aku suke. sempoi gile nak kawan dengan insan insan yang memiliki perangai camni. camne ea aku nak cakap, orang cmni easy going tw. sempoi gile. paham ta pe yang aku cuba sampaikan ni.? paham ta paham ta.? bagus, aku anggap korang paham ea.. 

oke, korang da bole taw tak korang gile yang mane.? kalau aku, aku nih gila shopping. pantang nampak ade sale, mula lah aku gedik gedik nak p kat sale tu. kalau aku ade duit ribu riban memang seminggu boleh habis kot. tang shopping aku memang aktif. tak kenal erti penat. gilakah aku.? :)

sekiranya ciri ciri yang aku cakap tadi tepat mengenai hidung, anak mata mahupun anak tekak sesiapa, aku mintak maaf. semua ni sekadar mainan imaginasi aku je. peace yawww.. sampai sini aje ea. mate dah berat. penat window shopping dengan kawan kawan tadi. jumpa lg. dhaaa semuaaa.

p/s : seronok ke habiskan harta mak ayah dengan shopping barang tak penting.? err.. errr. i've no answer :)

cheers :)

Wednesday, August 10, 2011

bangkit setelah lena yang panjang

Assalamualaikum reader(s)

oke, setelah last entry, aku da ta menulis, membebel, merepek, merapu panjang2 lagi kan kat blog aku ni. macam2 masalah. biarlah. abaikan.

di sebabkan aku dah lama meninggalkan dunia blogging, dah banyak outdated pasal isu semasa dunia blog dan sebagainya, aku amik langkah selamat, aku nak cerita pasal kawan2 aku kat tmpat aku study nih. aku tanak cite pasal assignment yg menggunung, aku tanak cite pasal masalah ak nak adapt dengan suasana kat sini.

aku nak cerita pasal ape eh.? sebenarnya bukan ke arah bercerita lahh. korang taw kan aku ni malas nak menulis, blog aku bertimbun dengan gamba je. kann kannnn.? aku suke, so what.?? err.. errr.. TERemo plak kan. tamo lah tulis pnjang2.

lets go thru the pics.







oke, first sekali, jom shoot minah yang sengaja bwt muka innocent nih. sebab die lahhh blog ni da lama d tinggalkan, readers ta ramai, serta follower d abaikan. marah die cepat.! sekarang...! >.<





student IT wajib bukak natang nih. kaw ade.??



lepas class. ta de menda ape na buat. bajet diva sangat lahhhh act camtu.? = ="  errr.. sukati aku lahhh na letak gamba ape pun. blog aku kannnn.?




pe motif pic nih.? aku pun tak taw.  :) dari kiri, nana, aku dan idah. <3





p/s : dah lame ta mmbebel kat sini, lupe skills na tulis entry pepanjang = ="

Thursday, April 21, 2011

asam, garam, halia, cengkih, gula, lada, kunyit, rempah ratus kehidupan orang berkasih.

Assalamualaikum readers.


firstly aku nak mintak maaf beribu riban melon sebab dah lame tak update blog. blog dah semak kan.? daun durian bersepah, lalang tinggi menggunung, tangga dah reput. ye ye aku taw. nak bersihkan lahh ni ==" oke, lets back to our topic ya readers budiman :)


oke, mula2 aku nak tanya, sape yang pernah bercinta.?ha, tu dia.!! semua angkat tangan.! tak pa, tak pa, sabaq dulu sat. aku bukan nak report kat pengetua hangpa. dak.! toksah dok risau naa. aku dok perhati orang yang bercinta ni, macam-macam ragamnya. alahh. macam lah aku tak taw kaw  paksa bf kaw p topup kat 7e pukul 3am semata-mata untuk  bergayut dengan korang kan.? aku taw kaw tak kasi gf kaw bukak fb lame-lame sebab ramai lelaki ensem, macho add die kan. aku tw derr. aku taw. lumrah la tu jeles, tpi kalau dpat couple yang jeles ta de mata, sengsara hidup meyhh. aku jamin.!


oke, aku akan bagi beberapa situasi agar korang faham maksud aku.


**********************************************************************************


SITUASI 1


G: syg, syg p mane lame-lame tak mesej baby.? baby rindu gile kambing kat syg taw. :(


B: ala baby, syg p tandas sat ja. baru 3 minit baby dah missed call 24 kali =="




SITUASI 2


G : I tak kire.! U kene topupkan i malam ni jugak. minggu lepas RM10, minggu ni RM15. I tak kire. kalau   tak, U lupakan je I.

B : yelah. sekarang jugak I pergi ye syg, senyum lahh sikit :)


SITUASI 3

G : omaiiiiigod darl.! comelnya dress nih. kasut ni pun cun. ha tu, tgk bear tu, eii, geramnya.handbag tu sesuai ngan hunn kan darl.? long skirt tu, ouhh awesomenyeee. darl, nak ni, ni, tu, sane tu. depan tu sekali. ouhh, SEMUA ye darl.? pleassseee .

B : amik hunn. amik. darl bayar semuaaaa. amik hunn amik. ---> geleng kepala tgk wallet tinggal 4 keping not 100. em, bil elektrik tunggak duluu lahhh. =="

SITUASI 4

G : abg, nape nih.? hape salah ayg.?

B : abg tak suka ayg dok layan mamat-mamat kat fb tu. tak kiralah kawan lama ke, kawan tadika ke. toksah dok gatai.! kawan ngan abg ja.


SITUASI 5

B : mama, ni name ucop, husin, jabit, abu, munawer dalam phonebook ni.? ha, ni msg ni, siap ajak p tengok antu kak limah balik umah kt cinema ni. kan dah tengok ngan papa kat umah pak seman e2 hari.?

G : tu semu kawan mama lahh. alah, tengok dgn papa tu dvd cetak rompak. sangkut-sangkut. ta feel langsung.!


SITUASI 6

G : syg jomlah balik. bb dah habis makan ni.lewat nanti parents marah pulak. p amik bil. kali ni sayang belanje ea.? dah 6 mnggu berturut-turut bb blanja sbb wallet syg tertinggal kat rumah kan.?

B : nah bil, p kaunter, wallet syg tertinggal kat dalam kereta salman. kete die bini die bwak p jumpa pak penakan die kat kelantan. pak penakan die na pinjam kete die bwak p johor.

**********************************************************************************

haa. jelas.? aku bukan na ataack mane-mane pihak. baik belah lelaki ataupun pompuan. nih la yg selalu terjadi. aku ntak maaf la kalau de yang terase. cerita ni cuma mainan imaaginasi ak je. tade kaitan dgn sesape pn.

macam manepun perangai ataupun ragam buah hati kite, terima lahh dengan seadanya. jangan la nak dambakan seseorang yang terlalu sempurna. kaw tak kan dapat beb. nih lagi 1, SETIA. mentang-mentanglah kaw tu hensem macam david archuleta kaw p ayat minah lain. mentang kaw seksi macam angelina jolie, kaw goda mamat lain. kaw tak kan ke mane. setialah kat pasangan korang kalau korang sayang. lagi lagi kalau long distance relationship kan. kaw kat perlis, buah hati kaw kat sarawak. haihh.! 

oke lahh. semoga kite semua dapat pasangan hidup yang sesuai dan perhubungan tu diikan\t dengan ikatan yang sah dan dirahmati Allah. aminnnn~

Tuesday, April 12, 2011

lame menyepi dan kesepian yang lame =="

Assalamualaikum semua.

Hari tu hang out dengan kawan-kawan. ye ak taw, benda dah lame, sabtu lepas oke. dah berkurun, dah basi. euuuuwwww.! tapi pe aku kisah.? aku nak cerita jugak. but, its not like bercerita. its showing some pictures actually. pe motif kaw cakap belit-belit nih.? O_o

layan je lahh ye :)






here is my lunch at marrybrown. 
left : banana split, chicken porridge, iced milo.
kite ta bole minum bikarbonate, t sakit perut. dah bertahun ta minum :(



makan banana split nih. ta sedap.! sedapppp :)



nih la kawan-kawan aku yang menceriakan hari aku. much love girls.! 
*tibe-tibe aku nampak sorang minah pakai baju batik asrama dok meja sebelah. pe lg "dik, tlg snap kan bole.?". haha. 



nih sih chinese celup nih.! geram aku tengok. kecil molek je. comel.! :D



akhirnya. same pun level setelah aku bengkok kaki sikit. bukan angkuh dengan ketinggian, cuma tak nak di lihat macam alien je terpacak kat sebelah manusia yang comel :)



tengok.! dorang tade keje tangkap gamba aku berjalan. guys, this is a real candid ok. bukan palsu. kalau aku taw, aku pose baekk punyaa.! :D





oke lahh. tu je. sedih lah ta dapat nak update entry lagi. lappy rosak :( btw, readers kesayangan jage diri baik-baik ye. panjang umur jumpa lagi. dhaaa semua.! member sebelah dah jeling anggun ja. na ajak ak balik la tuh. oke lahh semua. 

Assalamualaikum :)


p/s: susahnya na lafazkan perpisahan = ="

Monday, April 4, 2011

u're a coward.!

Assalamualaikum reader(s)

***maaf sekiranya entry ini berbau emosi yang melampau. aku punya sukalah.! sape suh cari pasal. -.-"

lately, aku tengok ramai manusia yang suka jatuhkan manusia laen, bermacam-macam cara. pe motif wat camni nih.? bahagia ke hidup mereka yg buat camni.? pernah fikir tak perasaan orang yg kene hentam tu.? come on peeps. teknologi di cipta bukan untuk pergaduhan. mostly aku tengok orang yang suka menjatuhkan orang lain ni orang melayu. aku bukan nak bersikap racist or wat. tapi memang ni hakikatnya.


aku bercerita atas pengalaman. aku tengok kawan-kawan aku kene hentam, aku pun pernah kene. atas alasan, tak puas hati.! lek lahh der. bersyukur lah dengan pe yang Allah dah kurniakan kat kaw. tak perlu nak judge orang laen atas kesalahan yang dye tak buat. this not the only way man.! trust me, sakit kene hentam ni taw ta. lagi-lagi kalau kene hentam dengan orang yang sebegini :






orang macam ni aku kategorikan sebagai penakut kelas bawahan. lanyak orang bukan maen, macam machine gun.! bile tanya sape, jawapannya "someone" , "adelahh" , "ta ya taw lahh, ta pnting pun" . sedarlahh weyh. kaw dah sakitkan hati, jiwa, raga, perasaan orang, kaw bole cakap ta penting.? dulu skolah kat mane ni.? -.-"

come on. jangan jadikan kecanggihan teknologi sekarang sebagai medium utk jatuhkan org. gunakan utk kebaikan, berkenal-kenalan. bertukar maklumat. spread the love peeps.!

p/s : aku lagi respect kat orang yang berani cakap lepas mate hadap mate daripada si bawahan anon ni.!

fun at the peak.

Assalamualaikum semuaa.
lame tak update, so, watsup there.?

weekend baru2 ni aku, abang aku, akak aku, anaknya dan abang ipar aku p genting. kalau na cakap family cm ta kene gaye je kann, sebab ta complete. hehe. saja jalan-jalan. well, aku malas nak tulis panjang-panjang. lets the pics explain yup. lebih ringkas dan mudah.

*** amaran --> post ini akan sarat dengan gambar, sape yang tak nak tgk saye berphotoGEDIK sila click button x di sudut kanan tab anda. tq :)



lets checkitout bebeyh.!






 dinner time.! restoran ni sediakan makanan arab. sumpa sedap weyhh.! ta sempat na snap gamba sebab berselera sngat makan. hehe.



tima na check out dari hotel. aku nan akk tercinta dan anak buah aku. tengok beg bersepah kann.? de lg beg yg tersembunyi nih tw.! hehe.



baru lepas lunch, nak p genting, de lak org ngah shooting. FYI, insan itu adalah ery putra ye. tp bile jao ta nmpak. segan kot na tgkap dekat-dekat. -.-"



atas keinsafan time tak sempat snap makanan sedap, time nih cepat-cepat aku keluarkan camera.! haha. menu ikan pari bakar, ikan talapia bakar, ikan keli bakar ta smpai lg. memang kenyang weyhh ~



ni lahh restorannya. tapi aku snap gamba banner je. jadi lahh kan. aku nak snap kat luar segan. orang ramai. saye kan pemaluu. -.-"



dalam cable car d genting. bertenang jaa. :)



oke, sape rase na p genting tapi ta de sape yang na tolong angkat luggage. contact jaa aku. amik part time kat sini. --> oke, tu tipu.! **nape ak nmpak pendek ea.? sedarlahh, kaw mmg pendek.! tgi pn 161cm jaa. -.-"



nih la akk ak tersayang dengan suaminya. mekasih kak, loves u so much.! :D



aku dan abg aku. macam sengal, tapi aku suka gamba nih.! hehe.




aku ngan abg aku lagi. plus dengan anak buah kami. sekali tgk mcm somi isteri pn hade.! haha. qila, jgn jadikan abg kaw sebagai mangsa angan-angan kaw. haha.



dalam theme park. gile slow pakcik ni dayung smpan nih. orang bercinta sesuai lahh naek ni. :)




memang saje rotate untuk senaman leher anda.! nih la ank buah aku, anak kpd akak aku. comel kann.? hehe. 


oke lah. tu jaa. na p lunch. bye :)

p/s : nothing to display -.-"

Wednesday, March 30, 2011

wise people never stop learning.

Assalamualaikum reader(s)
Wats up peeps.?

lame ta hapdate. sebab pe.? sebab malas ta de mase. pe kaw buat sampai bz sangat ni qila.? kaw jage anak ke.? ye.! anak tekak. aku asyik nak makan je sekarang ni tau. tapi aku ta kisah. sebab badan aku susah nak naek. tengs God.! tapi kalau ta makan nasi dalam 3,4 ari sekilo turun.! ni aku tak suke.  wat the fishh aku merepek ni.? enaff then. -.-"

aku ingat lg dulu mase aku sekolah, aku mintak banyak duit ayah aku beli buku-buku akademik. especially naek form 4&5. memang habis kat aku je lahh kan. nasib baik ayah aku tak kisah. " tape, kalau beli buku, ayah tak kisah. beli lahh. asalkan jangan mintak yang bukan-bukan." c c, batape ayah aku mengharapkan aku menjadi seekor ulat bulu ulat buku. sampai sekarang aku pegang kata-kata ayah aku tu. tapi aku dah manipulasi sikit lahh. ta de beli buku-buku akademik ni dahh. rehat jap. haha. buku citer je yang aku kutip sepanjang aku jadi penganggur ni. sebelum tu, entry ni de bau-bau butter lahh dengan entry aku yang click.






alahhaaiiii. comelnya gamba. ta de yang lagi kecik ke qila.? ade ta ade ta.? -.-"
pic nih amik kat abg google. dye kedekut, bagi saiz kecik. bile besarkan nampak buruk gila buku ni. serammm.! kalau nak besarkan, klik je lahh kat gamba tu ye awk. :))
*alasan alasan alasan.!*


oke, sebenarnya aku baru habis baca "life's like that" ni. yang coffee break tales tu aku tinggalkan dulu. mai ulas sikit pasal buku yang aku dah baca ni. buku ni tak tebal sangat, 306 pages je. sesuai lahh bagi kelompok manusia macam aku yang bersifat siput sedut baca novel 700+++ pages. gile lahh. ak salute sape bace novel tebal-tebal dalam mase yang singkat.! then, fonts dye oke lahh. tak besar sangat, tak kecik sangat. haa. bab kandungan die aku suke. dia berkonsepkan realiti taw. tak macam sesetengah buku yang aku baca sebelum ni. drama sungguh. semua indah-indah. bile aku baca ni, macam-macam masalah manusia yang aku nampak. yelahhh. dulu dunia aku sekolah. kt sekolah masalahnya cuma ta siap homework jaa. mane nak fikir masalah dunia ni kann. baru aku macam perghh.! banyak gile masalah. tapi lek lahh. setiap masalah mesti de penyelesaiannya kan. chill man. chill.! XD . so, sape yang berhajat nak taw pe masalah yang menghantui anak watan ni, highly recommended on this book.! since its scene from Malaysian life, masalah orang malaysia je lahh yang Lydia Teh ni cuba sampaikan.

gosh.! sebenarnya aku dah berhajat tak nak melalut, merapu, merepek, membebel panjang-panjang. nak wt camne, nih lahh jadinya bile seorang talkative berhajat utk menjadi seorang yang amat solehah dan pendiam. u failed nur naqilah mohd isa.! eyh, pehal mention name penuh pulak ni.? ---> sajee.! -.-"

p/s: pasni paw duit ayah nak beli ujang pulak. agak-agak ayah bagi ta.? --> NEVER.!

Thursday, March 17, 2011

from garnier to simplysiti

Assalamualaikum semuaa.
rabak poket aku weyyh.!

malas nak bebel panjang, aku just nak bagi korang short story je lahh ea. based on the tittle, korang jangan lahh kate aku nak show off ke, riak ke, takabbur ke sebab pakai simplysiti. tidak sama sekali.! aku cuma nak cerita macam mane aku boleh TERbeli produk tuu.

kisahnya bermula bile suatu hari aku pergi ke rumah mr watson untuk membeli produk yang selalu aku pakai. alaa. m using the cheap stuff ye awk. biase gune garnier je. pusing punya pusing datang sorang akak tanya "ye, cari ape dik.?". aku pun gitaw lahh pe yang aku cari. taw jwapan die hape.? ta de lahh dik. syarikat dah tak keluarkan yang tu. then, im wondering, yeke dah ta de. dengan muka yang terpaksa, aku pun cari lahh brand laen.

pastu akak tu datang lagi, promote kat aku produk kak siti ni. aku dah lahh pantang orang provok aku ni. mulalahh aku tak tetap pendirian. --> oke, tu kelemahan saye.! sembang punya sembang, aku pun rase cam tertarik na beli. yang buat aku tertarik adalah 1 cream dye, C BRIGHT provides 5 elements taw. moisturising, brightening, uv protection, makeup bases & foundation. kalau brand aku beli sebelum ni kene beli satu2. ni dah 5 in 1 ni kira jimat lahh weyh.! kan. tapi, bagi sesape yang kurang income macam aku, aku nasihatkan gunalah watson card. ianya sangat membantu.! :))






ni lah yang selalu aku gune. tempat korang ade ta.?  sedih aa camni. 4 tahun dah pakai, tibe2 kene tukar. kite sayang awak lahh encik garnier.! T______T





ni lahh kekasih hati saye yang baru.! yang aku cakap 5 in 1 tuu yang sebelah kiri ye readers. tengah tu toner, yang kanan tu plak cleansing foam. sebenarnye de banyak lagi yang korang boleh beli. tapi di sebabkan aku bukanlah seorang anak kepada perdana menteri, maka income aku sangatlah halus. ni jela yang aku mampu beli.


p/s : lepas aku belek belek tadi rase sayang lak na pakai. = ="


Wednesday, March 16, 2011

best. but then, at last rase macam grrrr.!

assalamualaikum reader(s)
hows life goin' on yaaww.?


last sunday, aku dan sepupu aku serta "kawan lelaki"nya pergi jalan-jalan. release tension. ceyhh.! aku nak tension hape, bukan study pun. =="

btw, selalu kalau keluar berjalan, benda wajib yang ade dalam beg aku selain daripada handphone is my camera. maklumlahh. aku kan hantu lensa. so, sebelum pegi, aku akan pastikan stuffs aku yang wajib tak tertinggal tu ade. lepas tu aku pun keluarlahh dengan cerianyaa kann. lepas beberape jam merayau-rayau dengan bantuan encik myvi, aku teringat yang aku bawa camera. so i thought y not kite berphotogedik sekejap kan. setelah bberapa pic di snap, dye keluar warning :


"Out of Memory"


aku mulalah pelik, nape aaa jadi camni. aku pun terus berusaha untuk meng-snap gamba but then, warning yang same keluar berulang-ulang kali.! haeiisshh. mencabar keimanan betullah. sekali aku bukak tengok memory card ta de.! baru aku ingat memory card aku connect kat lappy sebab malas nak guna usb cable mase tuhh. hadduhhh.! camne boleh lupee neyh. maka sakanlahh sepupu aku dan kawan lelakinya gelakkan aku. dem.! maluu doe. untuk meng-cover diri yang segan tuu, aku pun join lahh dorang gelak sekali, maka aku cari inisiatif laen supaya boleh berphotogedik jugak kan. keluarlah idea untuk gunakan khidmat camera nokia5230. gambanya so so jelahh kan. ta de la superb mcm dslr. jadilahh daripade ta de kann. layan je lahh pic ye readers. muka gwa dah tebal macam tembok besar china.






oke, sangat entah pehape. so what.??



menyesal pakai baju hitam.! panas doe.



when we are in candid camera, ni la hasilnya. hodohkan. tangah mkan gule-gule. hehe.



couple of the day.! tp aku rase aku de amik gamba dorang berdue. ghaib lak. terpakse lah aku bersusah payah meng-edit jadi camni. 




tengok ni.! haha. orang bercinta macam tu lahh kot. selipar pn na tgkap. pape je lahh. asalkan korang bahagia :))


p/s : walaupun pic aku buruk, muka tak blinking sebab baru baek demam, aku tetap berani letak gambar buruk dalam blog. tak adillah nak letak yang cantik je. nobody perfect yaww. so, jangan takut utk letak muka hodoh yaa. its our blog, so, our rules. bia lahh pe org na kate :))