Friday, June 15, 2012

May Allah Bless You

Assalamualaikum reader(s)

sekuat mana ikatan, seteguh mana janji, bila  tiba waktunya, dia akan pergi. Percaturan Allah tak pernah salah. kadang kadang Allah tarik sesuatu yang indah daripada kita untuk kita sedar dan mensyukuri apa yang sedia ada di sekeliling kita. Selalunya yang indah tu takkan kekal lama. sebenarnyaa aku tak suka buat entry bila masa aku sedih. aku tak suka luahkan kesedihan aku dengan menulis. aku lebih selesa luahkan kesedihan aku pada orang. orang yang aku yakin boleh tenangkan aku, orang yang aku yakin boleh dengar segala yang aku luahkan. orang tu adalah sahabat. bagi aku kawan tak sama dengan sahabat. nilai sentimental sahabat lagi tinggi berbanding kawan. sebab dengan semua orang kita boleh berkawan. tapi bukan dengan semua orang kita boleh bersahabat. sahabat adalah seorang yang dekat hatinya dengan kita untuk faham apa yang kita rasa. dekat telinganya dengan kita untuk dengar luahan hati kita. dan dekat mulutnya dengan kita untuk berikan nasihat dan kata kata semangat. dulu aku lebih selesa simpan masalah aku sendiri. tapi kau yang ajar aku jangan simpan masalah. kau cakap kau sedia dengar semua masalah aku. susah senang semuanya kita selesaikan sama sama. bila aku dah terbiasa dengan semua ni, kau pulak yang pergi tinggalkan aku. pada siapa aku nak luahkan masalah aku lepas ni. pada siapa aku nak menangis lepas ni.? pada siapa.??

yes, aku ramai kawan. tapi tak semua kawan kene dengan jiwa aku. tak semua kawan suka dengar dan tolong selesaikan masalah kawan die. aku ada 2-3 orang sahabat yang rapat dengan aku. tapi tak serapat macam aku rapat dengan kau. aku selalu kalah dengan perasaan aku sendiri. aku tak kuat nak terima perpisahan. sumpah aku tak kuat. bila aku tau kau dapat tawaran tu, aku termenung sorang sorang. aku menangis kau tau.? sounds like "eleehhh, kau ye ye je nak menangis. drama lebih. orang lain pun sedih jugak. tapi takde laa over macam kau. orang yang dah bertahun tahun kawan dengan die ilek ilek je. kau yang baru 1 sem rapat dengan die nak poyoss nangis nagis bagai. booooooooo.!" well derrr. 1 sem tu aku berkepit je dengan die sampai mandi pun sama sama. boleh kau bayangkan betapa rapatnya kami.? boleh kau bayangkan betapa banyaknya memori yang kami bina sama sama.? boleh kau bayangkan macam mana kami gelak sama sama, menangis sama sama, lari lari sama sama, makan sama sama.? semuanya bersama sama. could you imagine that.??

Alhamdulillah, kau dah dapat apa yang kau impikan. aku tumpang gembira. you should know how obsessed I am to be a nurse. since i was in standard 6. aku study sciences sungguh sungguh. aku score biology sungguh sungguh demi impian aku. I really want to be a nurse.! at the end of the day, my mom said NO to my ambition. kau tahu betapa kecewanya aku.? kau tau betapa aku rasa sia sia aku study sciences bagai nak rak tapi akhirnya aku tak dapat apa yang aku nak.? kau tau macam mana rasa sedihnya bila kawan kawan kau tanya kau "ehh, dah isi SPA.? nak jadi nurse kan.? pegi laaa isi. mana tau ada rezeki". kau tau kan macam mana perasaan aku. kalau ikutkan hati, nak je aku isi borang tu senyap senyap dan buat keputusan sendiri. tapi bila aku fikir balik, aku takut apa yang aku dapat nanti tak berkat sebab ibu aku tak bagi. akhirnya aku kuburkan cita cita yang aku nak dari kecik. kau tahu macam mana sedihnya bila kita kene lupakan cita cita kita.? aku tak pasti samada kau faham apa yang aku rasa.

so, bila kau dah dapat apa yang kau nak, go for it.! make sure kau score sungguh sungguh. sebab ni yang kau pilih. kalau kau tak score, takde bezanya macam apa yang kau study benda yang kau tak minat kat PSIS tuu. buktikan yang kau memang layak jadi nurse yang berjaya. buktikan kat aku yang kau boleh teruskan cita cita aku. jangan risau. luka hati mak kau sebab kau tak dapat bomba dulu dah terubat bila kau dapat nurse ni. jangan hampakan keluarga kau. diorang harapkan yang terbaik untuk kau. so are we. kawan kawan kau ni pun doakan yang terbaik untuk kau. berat hati nak lepaskan kau pergi. kalau ikutkan hati aku nak halang kau daripada pergi jauh dari aku. tapi sampai bila aku nak tahan kau.? sampai bila aku nak gantung hidup aku dekat kau.? aku kena belajar berdikari kan. aku ada Yat, Anis, Nana dan kawan kawan lain. dorang pun boleh jadi terbaik macam kau. mungkin dorang boleh dengar masalah aku. insyaAllah. 

di akhir coretan ni, aku doakan yang terbaik untuk kau, aku minta maaf atas semua salah yang aku dah buat kat kau. aku mintak halal atas semua yang kau dah bagi kat aku atau apa yang aku ambil, terambil, sengaja ambil dan tiru. aku mintak maaf atas segala galanya. selamat berjayaa kawan.!


 

" ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meski kini kita terpisah demi kasihNya. namun cebisan kenangan kita masih bermain dibayangan mata. detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku " 


p/s : apa pun yang jadi kita tetap sahabat. jangan lupa janji kau nak datang kenduri kawin aku.           make sure kau amik cuti. no matter what happen. otherwise, you'll get the "reward"                       okayyy.. 



1 comment:

swetie pie said...

YA ALLAH... sedey aq baca entry nie qila... hanya hembusan nafas terakhir je yg dpt pisahkn ingatan aq kpd ko...