Assalamualaikum reader(s)
Zaman sekarang ramai yang dah ada lesen motosikal dan jugak lesen kerata. mungkin dalam bahasa skemanya lesen kenderaan B2 dan D. tapi tak ramai antara kita yang ada lesen ni berani bawak kenderaan sendiri selepas dah lulus semua ujian JPJ. mula mula memang eksaited gilaaa weyh nak amik lesen. nak nak lesen kereta. mula lahh berdiskusi dengan puan ibu dan encik ayah. "ayah, nak amik lesen kereta boleh tak.? ada kawan nak amik. boleh amik dengan die sekali" ayat pertama aku mencuba nasib. pungpangpungpang akhirnya aku dapat lampu hijau daripada family aku untuk amik lesen. lalu henfon aku capai telefon usangku dan pantas mencari khalida. nama kawan aku yang nak amik lesen sama sama. "weyh, parents aku bagi amik lesen weyhh.! bilaa nak start.??" tanya aku penuh eksaited. lalu dengan suara eksaited kuasa 2 beliau berkata, "yeke weyhh.? haaa, jom laa daftar cepat. faizah pun nak pegi sekali. ramai ramai baru syiokkk.!"
Aku totally zero masa pergi sekolah memandu tuu. aku cuma tau start enjin je. haa, teruk tak teruk kaw. bila dahh duduk kat seat driver aku tengok pedal kat bawah aku cuak dahh. mati aku, camne aku nak control pedal nih semuaaa.? kalau ditakdirkan pedal tuu boleh berkata kata, nescaya mereka akan ketewakan aku hingga terkeluar daripada kereta kerana aku takut pada mereka. okayy, tu bohong.! betul laa orang kata, practice makes perfect. pakcik yang ajar aku kata aku bawak kereta tenang je. oleh itu aku hanya amik masa latihan 9 jam dan terus test JPJ. walhal masa sebenar adalah 12 jam. Alhamdulillah. Allah beri aku kelebihan untuk cepat belajar.
******************************************************************************
sekarang, lesen P aku dah nak tamat dan aku tak payah nak skema skema tampal P kat kereta ataupun motor aku dahh. boleh lahh riak kat kawan kawan aku yang belum habis P. tapi apa yang aku nak tekankan kat sini adalah attitude kita kat jalan raya. macam mana kita nak control kenderaan kita, nak control suasana dalam kecemasan. macam mana kita nak hadapi semua tu. jujur aku cakap, bila kita bawak kereta, JANGAN PANIK.! Kita kene bertenang je. calm down babyyyyyy :)
Aku bukanlahh nak cakap attitude aku bagus masa bawak kereta. aku rasa attitude aku lahh paling teruk. aku tak suka bawak kereta auto. aku ulang, aku tak suka bawak kereta auto. sebab pertama, terlalu simple, tolak D, jalan lahh kaw. nak kupas bawang masa bawak kereta auto pun boleh. haa, rilek tak rilek kan. aku lebih suka bawak manual. sebab bagi aku manual ni mencabar. aku suka masa tukar tukar gear. aku suka main tukar gear bila nak memotong, bila nak memecut, bila nak kejar traffic light. ye, aku suka semua tuu. teruk kan aku. tipu lahh kalau aku cakap aku tak pernah accident atas kecuaian aku. bunyi macam menakutkan kann. tapi itulah yang aku jadikan pengalaman dan buat aku sedikit berhati hati di jalan raya.
Aku mengaku yang aku suka kan kelajuan. aku puas bila aku dapat naik kereta yang aku bawak laju. haaa, nampak tak attitude buruk aku.? nampak tak nampak tak.? lepas tu lagi satu aku tak boleh bawak kereta dalam keadaan aku marah. aku akan bawak selaju mungkin dan segila mungkin. bilaa aku bayangkan balik, aku pun tak sangka yang aku macam tu. aku baru sedar perbuatan aku tu boleh bahayakan nyawa aku sendiri. Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh kawal kemarahan aku. tapi mula mula payah jugak, sebab aku akan pendam perasaan aku sendiri. aku tak suka bising bising, mengamuk sini sana. tapi tu laa, simpan sendiri lama lama boleh jadi barah kan. maksud aku bukan barah penyakit tuu, maksudnya ia boleh bahayakan kita balik. akibat daripada sikap tak fikir panjang tu, nak tengok hasilnyaa.?
haa, ni sebab kelam kabut sangat nak keluar parking sampai stirring ke mana hala pun taktauuu. atas faktor kesedaran sivik yang tinggi, aku pun berusaha bersusah payah pergi repair benda tu. kena ketuk balik bagai sampai melayang rm200 aku. padahal betulkan lampu kereta je pun. and the best part ever is bila encik ayah bagitahu yang sebenarnya lampu tu lampu ekseseri je. yang kamu baik hati sangat pegi betulkan kereta tu kenapa.? ekseseri je tuu. tak betulkan pun takpe. tapi dah kamu betulkan, terima kasih lah ye. kata encik ayah sambil tersenyum simpul. ceiiyyyttt. melayang 200 aku kat cina tua tuu. demmm.!
p/s--> beringat sebelum kena ye kawan kawan :)
1 comment:
hahah !! len kali bwak kete aq tau..klau rosak..ko leh tlong baiki kn :P
Post a Comment