Sunday, February 26, 2012

Time Arrangement

Assalamualaikum reader(s)


"Nobody is perfect. Semua orang tahu. Kita akan rasa seseorang itu perfect only if we know him/her secara surface. Tapi when you get to know that person deeper, the perfectness will shed away one by one gradually."--> from the gojes FL <3

Have you ever heard about multitasking.? yes, macam online sambil makan char kuey tiow, sikat rambut sambil ikat tali kasut, etc. mesti pernah kan.? okayy hari ni aku nak cerita pasal multitasking yang ada kaitan dengan study. contoh yang aku bagi tu takde kene mengena langsung dengan study kann. okay, kita rungkaikan sikit sikit.

Sebagai manusia yang tak lepas daripada melakukan kesilapan, aku sering mungkir dengan janji janji yang aku ucapkan pada diri aku sendiri. Contohnya, dulu aku pernah berjanji yang aku taknak online. Bukan sebab aku tak dapat internet connection dan bukan jugak sebab kawan sebelah bilik aku pinjam broadband yang aku ayah aku bayar rm48/month, tapi sebab aku nak biasakan diri aku agar tak lali atau ralit bila online.

Cuba korang bayangkan, bila kita online, berapa lama masa yang kita ambil.? habis alim ulamak pun mesti 1 hingga 2 jam kan. Tambahan pulak bila korang salah seorang pelajar harapan tunggal kat tempat korang study. mungkin korang akan buat revision depan lappy sambil facebooking, tweeting and maybe blogging. lepas tu kita tengok pembahagian masa pulak. dalam masa 1 jam, berapa puluh kali kita akan tengok lappy.? selang setengah jam nak update status sebab jumpa facts baru dalam buku yang kita baca tadi. lepas tu tukar angin, 2 minit sekali nak reply tweet daripada artis yang korang tegur tadi. kalau kita anggarkan mungkin dalam 1 jam tu, kita dapat baca 1/2 page sahaja. tu belum campur kalau sambil sambil tu makan kacang goreng cap Ngan Yin. belum nak kupas lagi, nak buang kulit kacang lagi. berapa lama sangat yang dapat kita spent untuk baca.? itu baru kita sentuh bab baca, belum nak paham + hafal lagi. I've gone through all of these and I know how badly it affects my study. 

Seriously I dont believe in multi-tasking. buat coding C++ sambil skype, message sambil buat assignment, etc. yes, memang aku buat semua tuu. aku message sambil buat C++, tapi tak banyak yang aku boleh focus pada C++ aku. lebih kepada message. kadang kadang aku cuba jugak untuk sedapkan hati sendiri, walaupun aku sibuk chat sana sini, aku ada baca chapter tu tadi. cuba tengok masa exam nanti, banyak mana yang kau boleh buat. kalau aku, i'm totally lost.! 

siapa kata membazirkan masa tu tak best.? siapa kata die tak pernah bazirkan masa dia walau 1 saat sekalipun. siapa.?? kita ni hanyalah manusia biasa. aku pernah 24hours online. aku hanya berenti apabila ada perkara yang memerlukan tumpuan penuh aku. lama kelamaan, aku jadi ketagih. aku tutup lappy, ikat charger kemas kemas, simpan dalam laci. at the end, aku cuma dapat bertahan 1/2 jam je. konon bukak lappy nak cari maklumat pasal operating system, networking bagai. last last hamek kau.! dok nganga depan FB  berjam jam. lepas tu baru kelam kabut. alamak, camno nih.? assigment bolum siap laei. namun untuk menjaga hati sendiri daripada mengecil, ayat ni akan keluar sebagai penenang suasana, ahhh, lepak dulu lahh. esok kelas petang. pagi boleh buat. online lagi sampai lewat malam pun boleh lagi. tapi tengok tengok pagi esok bangun lewat sebab stay up malam tadi. lastly, tiru kawan.! lepas tu masa exam melopong tak tau nak buat sebab sebelum ni asyik tiru kawan.



Nasib baik final exam itu hari aku lepas. Aku ni kadang-kadang terfikir, kenapalah aku nak learn the hard way when eventually kalau aku go with the flow mungkin aku tak rasa seksa sangat. kawan kawan aku lepak je masa study week tu. aku je yang macam kene sawan. nampak nota nak baca, nampak buku nak baca. bila kawan sebut benda yang kita taktauu, mula kelam kabut. padahal benda tu semua kita dah tauu kalau kita study dan buat preparation awal. Appreciate your time, handle your schedule wisely and know your priority. 

Nak online boleh, tapi study dulu, siapkan assignment dulu then reward yourself dengan membaca akhbar Metro online. haha

p/s: masalahnya aku nih student IT. semua notification atau announcement, test, kuiz, nota bagai semua online. bagaimanakahh.?? -.-


No comments: