Friday, April 20, 2012

KEJAYAAN TAK DATANG BERGOLEK

Assalamualaikum reader(s)

selalunya kita ni sebagai manusia nak kan semua benda jadi mudah. nak kan semua benda jadi cepat. kalau boleh semuanya nak harapkan miracle datang menjelma. nak nak lagi bila tengah sesak. otak pun tak boleh nak berfikir mana yang betul mana yang tak. bila kerja menimbun tak siap, mula la pejam mata sambil berhajat, mintak mintak la bila aku bukak mata nanti semua keje keje aku ni siap. lepas tu... bukak mata perlahan lahan.. taraaaaaaaa.!! @!#@$@#%!.. tak siap lagi rupanya. tengok, dah buang masa berapa saat pejam mata tadi. 

aku bukanlah seorang mahasiswi yang berdisiplin. aku suka habiskan masa aku dengan benda tak berfaedah tapi aku anggap dia berfaedah. antaranya adalah facebooking, twitering, blogging, stalking, gossiping, dan bermacam macam -ing lagi lahhh. kenapa aku cakap benda ni semua berfaedah bagi aku.? sebab perkara lagho ni lahh yang selalu menghiasi hari hari aku. sampai aku buntu bila aku tak buat ni semua. kalau aku malas nak online pakai lappy, aku boleh online pakai henfon aku yang cikai tu. tengok, macam mana aku nak buang tabiat ni semua kalau all of these stuffs always beside me.? nampak tak kat sini aku marahkan gadget gadget aku.? aku tak marahkan diri aku sendiri yang tak pandai kawal diri. nampak tak aku pilih kasih.? fine.! semua dah jelas. haha.

aku ada impian nak berjaya. aku ada impian nak banggakan family aku. aku ada impian nak bagi ibu dan ayah menangis gembira tengok kejayaan aku. aku nak kan yang terbaik untuk orang orang yang aku sayang. tapi aku ni malas. aku pun mengaku aku ni malas. malas sangat nak study. liat sangat nak baca buku. Encik ayah selalu cakap, kamu tu bukan tak pandai, bukan tak boleh buat. cuma malasnya besar sangat. sampai tak larat kamu nak bawak. nampak tak Encik ayah bagi sindiran pedas+berapi kat situ.? aku akui aku suka baca buku networking yang tebalnya beratus ratus muka surat. aku akui aku suka baca buku C++ yang harganya mencecah ratusan ringgit. aku akui aku tak pernah mengantuk dalam kelas Operating System sebab terlalu fokus dengan apa yang diajar oleh lecture. aku akui aku selalu menjadi orang pertama menjawab soalan Computer Organization apabila lecture utarakan soalan. aku akui apa yang aku cakap tadi semuanya dusta. aku akui.! faktanya adalah aku sangat suka baca novel novel PTS yang cover dia comel nak mati.! aku pernah cerita pasal minat aku kat PTS punya novel dalam blog ni. Click Here. aku ada bannyak buku buku macam ni. contohnya, Aku, Dia dan Glamour, Diva Kampung, Gadis Bubble Gum, Chronicle Gincu, Akukah Cinderella Itu? dan banyak lagilahh. nak pinjam meh datang rumah. ehh. promote pulak. haha.

Alhamdulillah. semester lepas aku berjaya buat salah satu dari impian aku. aku berjaya buat ibu aku menangis gembira. mungkin bagi akak akak, abang abang yang duduk universiti tu tengok aku dapat AKJ(Anugerah Ketua Jabatan) macam cikai cikai je. kau budak poli, boleh lah skor. lain lahh kami ni, budak U. susah. semua kene cari sendiri. well hello my dearest sista and brotha.! kami pun cari bahan kami belajar sendiri. kami buat study group sendiri. kami tak bergantung sepenuhnya pada lecture. fyi, we're just the same.! aku pun tak faham kenapa setengah student U bangga sangat dengan tittle UNIVERSITI tu. padahal budak poli pun grad keluar diploma jugak. manusia manusia -.- aku harapkan aku istiqomah dalam kejayaan aku. tapi.... aku ada 3 hari lagi nak exam dan banyak lagi chapter yang aku kena cover balik. huru hara lahh  hidup aku sepanjang musim exam ni. aku ni pun satu. exam pun nak, enjoy pun nak. cemana nak dapat anugerah lagi semester ni.? mampukah aku kekalkan sijil ni sampai semester 6.?? tepuk dada, tanya iman awak lah Qila. keep trying. 



dedicated to : semua yang saya sayang.! InsyaAllah, akan terus berusaha untuk menjadi yang lebih baik :)




okayy, nak kene out dan berhenti online semua nih. kakak kesayangan sudah bagi warning. a big sorry kakak sayang. hehe :)


p/s: good luck kepada semua kawan kawan yang akan amik final, doakan kejayaan kita bersama sama :) 

  

Wednesday, April 18, 2012

BENCI TAHUU TAK.?

Assalamualaikum reader(s)

kalau korang review aku punya post dari mula sampai habis, aku bukanlah seorang blogger yang suka meletakkan kemarahan dan rasa tak puas hati dalam blog. aku bukan jenis yang nak bebel panjang panjang dalam blog pasal benda yang aku marah, lepas tu aku delete entry tu. tak.! tu bukan aku. tapi entry kali ni aku nak pecah tradisi. aku nak buat apa yang aku tak buat. biarlahh 1 entry aku cacat attitudenya. aku janji aku takkan padam entry aku yang bakal berbau longkang ni. aku janji.

setiap orang ada benda yang dia suka dan dia tak suka. sama macam korang, sama jugak macam aku. ye, aku ada buat salah, semua orang ada buat salah. aku ada angin sendiri, semua ada angin sendiri. aku mengaku aku cepat marah, aku cepat angin. tapi marah aku tak lama. aku benci kau hari ni, malamnya, atau esok pagi aku dah okayy dah. yang buat aku tak okay, bila tengok perangai annoying kau yang acah acah taknak tegur aku sebab kononnya sakit hati sangat dengan aku. so, read this sentences carefully, kalau kau nak masam masam muka kat aku pun, aku cuma akan cakap let her be. perangai aku, kalau aku ada masalah dengan sesapa, bila aku dah okay, aku akan tegur die balik. alah, bukan lama pn nak tunggu aku okay. tak pernah sampai 4,5 hari pun. tapi, bila sekali aku dah tegur, buat aku macam sampah, sampai bila bila aku tak tegur kau dahh. so, jangan pelik kalau sekarang aku dah tak tegur kau macam duluu. 

lumrah lah dalam berkawan. ada suka, ada duka. ada masam ada manis. ada ribut ada damai. ada panas ada sejuk. aku akui, aku pernah je selisih faham dengan sweetie pie, wanita hot, tapi alhamdulillah, bila dah berbincang, setel cara aman, everything backs to normal. tak sampai sehari pun bermasam muka. dalam bersahabat yang penting adalah respect. aku respect kau, kau respect aku. kau bagi longkang kat aku, aku bagi longkang balik kat kau. yeah, i know thats is normal kalau tak semua orang sukakan kita. at least, pleasee respect our friends eventhough she/he is our enemies.! tak salah mulakan sesuatu yang baik demi nak merapatkan balik yang terpisah. kawan 1 kelas, duduk 1 blok sampai bila nak bermasam muka.? sampai bila kau nak tahan hadap muka aku.? fikirkannn~

ramai antara kita kalau ada masalah, khayal dengan dunia sendiri. buat apa kat orang die tak sedar. tengah sakit hati dengan orang lain, kawan lain terlibat sekali. biasalahh, hati tengah membara. sometimes aku pun macam tu. tapi, again, pleasee peka dengan perasaan orang lain. orang lain panggil, tolonglahh jawab. we never know what they trying to tell us. maybe its important, who knows. kan. bila kita buat pekak haiwan je, mana nak tau apa yang orang nak sampaikan. okay, cuba kalau kita nak bagitau something kat kawan kita, bila kita panggil, die buat tak tau je. apa perasaan dia.? kalau aku, aku paling benci, menyampah kalau aku panggil banyak kali, tak menyahut. rasa nak..eishhh..nak cakap apa tak tahu. so, alert lahh dengan hati dan perasaan kawan. sometimes we have to gives and takes. as simple as that.

kalau nak ikutkan darah muda yang membara, aku nak tulis panjang lagi, biar lepas semua yang terbuku dalam hati aku selama ni, biar lapang dada aku. biar ringan kepala aku. biar mudah aku jawab exam nanti. tapi tu laa. aku kena jaga sensitiviti mereka. aku sayang semua kawan kawan aku. sumpahh.! mungkin yang buat kacaunya adalah aku yang lantang bersuara tentang benda yang aku tak suka. from the bottom of my heart, maaf kawan kawan :')


p/s: buatlah baik dengan semua orang walaupun orang buat DAJAL kat kita :) 


Tuesday, April 17, 2012

LOVE IS CINTA

Assalamualaikum reader(s)

Mood, happy XD

Aku malas nak update panjang panjang. Ni kesinambungan kisah dari blog sweetie pie aku tauu. nak tunjuk gambar je sebenarnyaaa. haha. okayyy, lets the pictures talk then :)




Ini Sweetie Pie saya. saya sayang dia.! <3



bak kata amy, group 4 stories. lupa nak tanya sejarah nama tuu. SAYANG MEREKA KETAT KETAT.!