Thursday, September 27, 2012

me, bff and the Japanese :)

Assalamualaikum reader(s)

few days ago, on 21st,22nd and 23rd of September,2012 aku decided nak balik kampung tau. rasa macam bosan bosan je duduk dekat hostel ni kan. then my aunt fetch me and kitorang pun balik la ke kampung halaman terchenta.sepanjang perjalanan, kami bercerita tentang masa lalu, masa lampau dan zaman kekanak. okay, aku tau semua tu sama je maksudnya. takyah nak buat muka kerut kerut memikirkan ayat aku. dia amik aku lewat petang jugak la. lepas merayap-rayap, kitorang pun decide nak balik rumah. nak mandi mandi semua, badan dah melikat melikat. peluh pun dah macam susu lemak manis tu gwa cakap lu.! pekat tak pekat. haaaaa, start la tu nak buat muka geli-geli.

lepas congak-congak, darab, bahagi, tolak dan tambah, kami sampai rumah dalam pukul 830 malam macam tu laa. sampai-sampai je rumah aku tengok macam ibu dan ayah aku bergaya kemahen. mungkin candle light dinner berdua-dua. ibu dengan ayah aku ni. sejak semua orang dah merantau ke negeri orang lain, makin romantik mereka berdua. maklumlahh, duduk berdua je kat rumah. bahagia. takde masalah. aku pun suka buat masalah. bila aku takde mesti macam kurang beban mereka lantas menjimatkan duit. aku ni asal kaki melangkah ke luar pintu rumah je mulalah keluar duit. agak dah rabak, mintak big boss hulur la sikit-sikit. hahaa.hokeyyy. takde kena mengena dengan apa yang aku nak sampaikan. sila abaikan ayat italic diatas kerana ianya laghaa. hmmm. back to track, ayah dengan ibu pun cakap kat aku macam "ehh, cepatlah mandi. kita pegi dewan. ada orang jepun nak datang". pelawa ibu dengan muka eksaitednya. mana taknya eksaited. lahir lepas merdeka, kira macam ibu ni first-timer la tengok jepun ni face-to-face. aku pun bermonolog dalam hati, pe masalah jepun ni nak datang negara aku? nak menjajah lagi ke? aku dah pegang keris azimat peninggalan arwah moyang aku. hmm, itu tipu. aku saje nak mengarut panjang-panjang.

dalam pukul 9.05malam, aku sampai dewan.first aku cari dulu bff aku, aziera. sebab dia tweet dia balik! mesti dia datang dewan punya. at last aku jumpa adik dia, Alia. so, aku taknak la orang expect aku orang Jepun sebab terjengket-jengket cari bff aku macam orang sesat. padahal dewan kampung sendiri je pun. poyo je nak sesat-sesat. puihh! "Alia, Ziera mana?". "along? hmmm, tu kat depan tu. sebelah orang Jepun"."tengs", jawab aku. aku terus bergegas tanpa mengambil peduli orang-orang disekeliling aku. lepas tu kami berpelukan sangat erat sampai menangis-nangis. okay, aku tipu lagi. aku cuit dia lepas tu dia sedar, dia pun jerit "ehhhhhh, haiiii!". pungpangpungpang bercerita, rupanya dia pun dari UiTM terus mandi dan ke dewan. baju pun baju kelas lagi. oupsss.! TERcerita pulak. haha. 

aku duduk sebelah ziera. dia kenalkan aku kat Sato Masaki dan Yuta. dorang ni stay kat rumah ziera. kira anak angkat mak ziera ni lah. tapi ziera tak mengaku tu abang angkat. dia kata, "adopted friend". pon boleh beb. bolehhhhh. haha. throughout 3days2nights dorang kat kampung kami, aku macam tumpang enjoy la dengan Jepun-Jepun ni. family aku tak join homestay. sebab Jepun-Jepun ni stay untuk program homestay kampung aku. no homestay, no Japanese. okay okay. maacam-macam aktiviti dorang buat kat sini. malas nak update panjang-panjang. nanti kau bising sebab retina kau dah penat baca aku merepek panjang-panjang kan.dah, jom layan gambarssssss *melampu betul (s) untuk plural tu -.-*


ni adalah Japanese yang paling rajin study dan paling pandai kat Japan.  nama dia naqilah hen  masako. puihhhh.! tak lawak la woi -.-



my bestfriend ever. Aziera with her "adopted friends". Masaki and Yuta. bukan "Yuta" Yusuf Taiyoob tau. Yuta ni Jepun mali punya wooo~



aku lupa la nama diorang ni. sebab macam complicated gila nak sebut. but they are the naughtiest Japanese  on that time. aku tengok pun macam gila-gila je.yang tengah pakai baju biru tu, called me "Qira". dia kata "Qira, you are so cute." sambil amikkan air untuk aku. kawan dia yang muka stok masked rider tu gelak-gelak dah. aku tatau la dorang ni menganjing aku ke hape -.- gambar kilat habis semua sebab BB poyo gilaa nak keluarkan flash terang-terang :p



ni pun aku lupa apa nama dorang. diorang ni macam masuk dalam kategori batak jugak la tengok bunga telur. siap cucuk bunga batang bunga telur tu dekat lubang-lubang yang ada dekat kopiah kawan dia tu. aku dengan aziera tengok dah ketawa sampai rasa nak menangis guling-guling :D

 

Masaki, Me, Yuta and Aziera. ni la malam yang aku kelam kabut baru sampai rumah tu. cekau je baju mana yang ada dalam almari tu. selekeh la pulak kau ni  Qila -.-


naik bas rombongan orang Jepun. dah lama tak naik bas rombongan. aku naik sekali dengan diorang ni rasa macam aku ni pun tourist pulak. haha.



bapak gila comel minah Jepun ni siak! umur baru 24. dia kata takde boyfriend lagi. haha.



The Japanese trying with all their might untuk tangkap ikan keli. seriously kelakar gila dorang ni masuk bendang tangkap ikan. owner lepaskan 120 ekor. dorang cuma dapat 3 ekor je. alahai. 


the naughties Japanese again. aku tak boleh lah tengok muka dorang berdua ni. rasa nak gelak. even one of their classmate told me dorang ni lelaki yang paling cool dalam kelas dorang.



lepas semua aktiviti. group photo. ni semua Jepun yang join program homestay kat kampung aku included their sensei.*betul ke tak ntah aku eja nih.! haha.*


dah laaa. next entry sambung balik. aku dah tak larat nak menaip ni. dengan linenya slow. kat kelas nanti ada quiz. sempat lagi meng-hupdet belog nih. sayonara dear readers :')

p/s : seriously gwa sembang, susah nak berkomunikasi dengan dorang ni. nasib baik lah memasing ada smartphone. pakat pakai translator semua. big thanks to smartphones :) 

Thursday, September 20, 2012

"MARRIAGE" is not try and error

Assalamualaikum reader(s)
 
Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2

 

p/s : nak kahwin memang seronok. Tapi banyak ranjau dan dugaan sepanjang perkahwinan tersebut. Just make sure your mentally, physically and spiritually are prepared enough sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. note to myself :3 

Friday, June 15, 2012

May Allah Bless You

Assalamualaikum reader(s)

sekuat mana ikatan, seteguh mana janji, bila  tiba waktunya, dia akan pergi. Percaturan Allah tak pernah salah. kadang kadang Allah tarik sesuatu yang indah daripada kita untuk kita sedar dan mensyukuri apa yang sedia ada di sekeliling kita. Selalunya yang indah tu takkan kekal lama. sebenarnyaa aku tak suka buat entry bila masa aku sedih. aku tak suka luahkan kesedihan aku dengan menulis. aku lebih selesa luahkan kesedihan aku pada orang. orang yang aku yakin boleh tenangkan aku, orang yang aku yakin boleh dengar segala yang aku luahkan. orang tu adalah sahabat. bagi aku kawan tak sama dengan sahabat. nilai sentimental sahabat lagi tinggi berbanding kawan. sebab dengan semua orang kita boleh berkawan. tapi bukan dengan semua orang kita boleh bersahabat. sahabat adalah seorang yang dekat hatinya dengan kita untuk faham apa yang kita rasa. dekat telinganya dengan kita untuk dengar luahan hati kita. dan dekat mulutnya dengan kita untuk berikan nasihat dan kata kata semangat. dulu aku lebih selesa simpan masalah aku sendiri. tapi kau yang ajar aku jangan simpan masalah. kau cakap kau sedia dengar semua masalah aku. susah senang semuanya kita selesaikan sama sama. bila aku dah terbiasa dengan semua ni, kau pulak yang pergi tinggalkan aku. pada siapa aku nak luahkan masalah aku lepas ni. pada siapa aku nak menangis lepas ni.? pada siapa.??

yes, aku ramai kawan. tapi tak semua kawan kene dengan jiwa aku. tak semua kawan suka dengar dan tolong selesaikan masalah kawan die. aku ada 2-3 orang sahabat yang rapat dengan aku. tapi tak serapat macam aku rapat dengan kau. aku selalu kalah dengan perasaan aku sendiri. aku tak kuat nak terima perpisahan. sumpah aku tak kuat. bila aku tau kau dapat tawaran tu, aku termenung sorang sorang. aku menangis kau tau.? sounds like "eleehhh, kau ye ye je nak menangis. drama lebih. orang lain pun sedih jugak. tapi takde laa over macam kau. orang yang dah bertahun tahun kawan dengan die ilek ilek je. kau yang baru 1 sem rapat dengan die nak poyoss nangis nagis bagai. booooooooo.!" well derrr. 1 sem tu aku berkepit je dengan die sampai mandi pun sama sama. boleh kau bayangkan betapa rapatnya kami.? boleh kau bayangkan betapa banyaknya memori yang kami bina sama sama.? boleh kau bayangkan macam mana kami gelak sama sama, menangis sama sama, lari lari sama sama, makan sama sama.? semuanya bersama sama. could you imagine that.??

Alhamdulillah, kau dah dapat apa yang kau impikan. aku tumpang gembira. you should know how obsessed I am to be a nurse. since i was in standard 6. aku study sciences sungguh sungguh. aku score biology sungguh sungguh demi impian aku. I really want to be a nurse.! at the end of the day, my mom said NO to my ambition. kau tahu betapa kecewanya aku.? kau tau betapa aku rasa sia sia aku study sciences bagai nak rak tapi akhirnya aku tak dapat apa yang aku nak.? kau tau macam mana rasa sedihnya bila kawan kawan kau tanya kau "ehh, dah isi SPA.? nak jadi nurse kan.? pegi laaa isi. mana tau ada rezeki". kau tau kan macam mana perasaan aku. kalau ikutkan hati, nak je aku isi borang tu senyap senyap dan buat keputusan sendiri. tapi bila aku fikir balik, aku takut apa yang aku dapat nanti tak berkat sebab ibu aku tak bagi. akhirnya aku kuburkan cita cita yang aku nak dari kecik. kau tahu macam mana sedihnya bila kita kene lupakan cita cita kita.? aku tak pasti samada kau faham apa yang aku rasa.

so, bila kau dah dapat apa yang kau nak, go for it.! make sure kau score sungguh sungguh. sebab ni yang kau pilih. kalau kau tak score, takde bezanya macam apa yang kau study benda yang kau tak minat kat PSIS tuu. buktikan yang kau memang layak jadi nurse yang berjaya. buktikan kat aku yang kau boleh teruskan cita cita aku. jangan risau. luka hati mak kau sebab kau tak dapat bomba dulu dah terubat bila kau dapat nurse ni. jangan hampakan keluarga kau. diorang harapkan yang terbaik untuk kau. so are we. kawan kawan kau ni pun doakan yang terbaik untuk kau. berat hati nak lepaskan kau pergi. kalau ikutkan hati aku nak halang kau daripada pergi jauh dari aku. tapi sampai bila aku nak tahan kau.? sampai bila aku nak gantung hidup aku dekat kau.? aku kena belajar berdikari kan. aku ada Yat, Anis, Nana dan kawan kawan lain. dorang pun boleh jadi terbaik macam kau. mungkin dorang boleh dengar masalah aku. insyaAllah. 

di akhir coretan ni, aku doakan yang terbaik untuk kau, aku minta maaf atas semua salah yang aku dah buat kat kau. aku mintak halal atas semua yang kau dah bagi kat aku atau apa yang aku ambil, terambil, sengaja ambil dan tiru. aku mintak maaf atas segala galanya. selamat berjayaa kawan.!


 

" ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meski kini kita terpisah demi kasihNya. namun cebisan kenangan kita masih bermain dibayangan mata. detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku " 


p/s : apa pun yang jadi kita tetap sahabat. jangan lupa janji kau nak datang kenduri kawin aku.           make sure kau amik cuti. no matter what happen. otherwise, you'll get the "reward"                       okayyy..