Saturday, September 24, 2011

PEREMPUAN DAN FESYEN

Assalamualaikum reader(s)

Nowadays, kalau kite jalan mane-mane mesti kite da boleh nampak  para jelitawan yang kenakan pelbagai jenis fesyen. aku tak cakap tak boleh, aku tak cakap tak elok. aku pun suka tengok budak-budak ni stylo. bermula dari plain shawl sampai ke bermacam-macam corak pashmina. diorang ni sangat peka pada perubahan yang terjadi pada dunia fesyen. contohnya bila orang cakap sekarang ni trend tapered pants, bergegas lahhh semua wanita dan perempuan #bukansemua# pergi ke mall berdekatan untuk merembat sekurang kurangnya 1 tapered pants. bila tapered pants dah tenggelam, keluar lak long skirt. maka ini jam jugak bergegas bukak blog-blog yang ade jual long skirt. and the list goes on, kesannya, banyak lahh baju yang dalam wardrobe tu sempat dipakai 2 atau 3 kali je. yela musim dah habis, takkan nak pakai baju yang sama je kann. nanti org kata, "you're so 2000 dowh.!" mana nak letak saham. merudum nyahh~

betul lahh kata orang perempuan ni ade 9 nafsu. nafsu kat sini besar skopnya ye. nafsu makan, minum, berlari, dan salah 1 nafsu yang cuba aku sampaikan ni adalah nafsu shopping. bila sekarang pattern shawl hana tajima, semua excited naak pakai shawl camtu. walaupun tahu muka dorang tak sesuai untuk pakai shawl macam tu. tapi takpe, fesyen punya pasal, sesuai atau tak, belakang kire. yeah, i know woman very well, coz i'm a woman too. aku pun tak terlepas tamparan 9 nafsu ni. orang beli make up, kite pn nak beli walaupun kite tw at the ends kite cuma pakai sekali dua je sebab segan.

so benda benda macam ni buat aku terfikir, apa yang aku kejaar sebenarnya.? kalau nak kan kepuasan, aku tak pernah puas pun, we sacrifice a lot just to impress others. macam tak berbaloi. what we can do is stop comparing ourself with others. sebab kalau kite keep compare diri kite dengan yang lain, kite tak kan pernah puas dengan pe yag kite ade. orang ade MAC, kite pun nak. orang ade simplysiti, kite pun nak. orang ade PRADA kite pun nak. secara tak langsung kite akan bersaing sesama sendiri walaupun hakikatnya both of you are bestfriends. sedar tak.?? lagi satu, bile kite sibuk na bersaing, bermake up bagai, secara langsung kite akan melewatkan segala urusan seharian kite.bila nak solat nak kena pakai remover and all. lepas tu nak make up lahh balik, lilit shawl lahhh, benda 10 minit dah jadi 45 minit.

apa yang kita kena ubah kat sini adalah cuba tahan nafsu kita yang 9 tu before they controlling our mind. kita juga bole cuba kurangkan stalk fashionista. bila kita tak stalk die, kite tak taw the latest fashion in market sekaligus dapat menjimatkan dan mengawal nafsu kite. sometimes, simple is more kann. tak perlu lahh nak ikut aliran fesyen sangat. tak terkejar. tapi, kalau dah minat, nak buat macam mana kan, terpulang lahh. kalau semua perempuan kat dunia ni fikir macam aku, takde lah fashionista. sepi la dunia tanpa hiburan kan.

apa yang paling penting kat sini adelah level of confidence. kite kene konfiden walaupun kita pakai baju kurung dengan crocs je. tapi janganlahh sampai mencapai tahap riak yang melampau sampai pergi kat mana-mana model sambil cakap "hello, aku cantik je walaupun tak pakai macam kaw~" memang aku gelak lah lepas ni kalau kaw pakai baju kurung dengan crocs kan. haha. bile kite simple ni, kite akan rase macam "i am pretty just the way i am" dan komfom tak kan terpengaruh lagi dengan orang laen. ohsem kan macam tu. hati tenang, duit pun selamat :)





 

1# saat menggilai shawl, eyeliner & mascara yang sometimes aku rase menyusahkan aku. ==" we learnt from mistakes kann .

 

2#keluar pulak patern cotton shawl. tanak kalah kau~



 

this is the most preferred. sekarang pegi mana-mana aku cuma pakaki syiria je. mula-mula memang rase macam i am not belong to that group bile ade kawan yang cantik-cantik, pandai bergaya. but, atas berkat keyakinan aku, aku berjaya menepis segala rintangan dan halangan yang menimpa #ayatnakskema#


p/s : ni hanya pendapat aku. everyones has their own opinion rite.? :)



Friday, August 19, 2011

GILA

Assalamualaikum reader(s)


lately rajin lak aku menghapdet blog aku kann.? dulu kemain, berbulan bulan aku anak tirikan blog aku walaupun hari hari online. err.. salah aku ke.? dah lama aku tak mengarut nih. tangan dah gatal nak menulis macam macam. otak dah pesat membangun dengan idea idea yang merapu.  oke, memang blog aku blog merapu. so what..??

hari ni kita na bukak isu pe plak ea.? ce tengok tittle. ce tengok ce tengok.. oke, hari ni aku nak merapu pasal gila. tau tak gila ni ada macam macam jenis.? tau ta tau ta.? betul.. aku tak tipu. die ade macam macam jenis. semua orang ade penyakit gila nih. cuma tahap keseriusannya je yang berbeza.aku takde la na bebel pasal semua jenis gile ni. aku nak cite sikit je yang menjadi pilihan hati dan sanubari aku. oke, jom kite tengok jenis jenis gila nih.


1- GILA MEROYAN

mengikut orang tua-tua dulu, ketika dalam pantang, wanita tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Larangan ini ada rasionalnya kerana ia sebenarnya memberi peluang wanita mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak. Kehamilan adalah khabar gembira, tetapi mungkin ramai tidak tahu atau tidak sedar ia sebenarnya memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah, terutama jika ia tidak dirancang dan bukan kehamilan yang diharapkan. Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami masalah tekanan, kesedihan melampau dan kemurungan selepas melahirkan anak. Dalam keadaan tertentu, gangguan fikiran dan emosi dihadapi menyebabkan sesetengah ibu tidak dibenarkan menjaga bayi mereka. Bagi masyarakat kita, ia dipanggil meroyan atau kemurungan postpartum yang berlaku selepas melahirkan anak. Menurut perunding psikiatri, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, walaupun zaman sudah berubah, masalah ini tetap berlaku kepada semua bangsa. 

2- GILA PANGKAT / GILA DARJAT /GILA GLAMOUR

gila yang ni memang bersepah lahh. tak kire orang awam mahupun kakitangan kerajaan ataupun golongan profesional. budak budak sekolah sekarang pun dah pandai nak pulun semua jawatan dalam kelas tu sorang sorang. die lah ketua, die lah penolong, die lah setiausaha, die lah bendahari, semua die nak sapu sorang lahh. pe, kaw ingat golongan veteran je boleh bermasam muka sebab jawatan.? budak budak ni pun dah pandai lahhh.

masalahnya, bila semua tugas / jawatan die nak pulun sorang, mampu ke seseorang tu nak jalankan tugas die dengan baik.? emm, macam tak kann. so, bagilah peluang kat orang lain sama. jangan terlalu mementingkan diri sendiri. tak ke mana pun kalau jawatan bertimbun, tapi keje 1 pun ta jalan. lagi 1, sebelum nak memikul 1 jawatan tu, fikir masak2. macam mampu ke aku nak pikul tugas ni.? ikhlas ke aku nak jalankan tugas ni ataupun aku ni saje je gatal nak mengejar glamour.? kalau setakat nak jadi ketua paling tinggi dalam 1 organisasi disebabkan mengejar nama, bungkus angan angan tu, letak dalam guni, simpan dalam peti besi, tanam dalam tanah.  ramai lagi manusia yang berpotensi jadi ketua yang berdedikasi daripada golongan yang suke mengejar nama ni. betul ta.?


3- GILA COVER

yang ni aku tak berapa nak taw lahh na cakap cmne. cover ni terbahagi lagi pada beberapa bahagian. cover cun, cover malu, cover lepas kentut dll. yang ni aku nak cerita pasal cover cun dan bajet smart. sorry to say, salunya sifat cover mengcover ni menjelma bile seorang hawa dilihat, diperhati, dipikat oleh seorang adam. mula lahhh nak tiup2 tudung, sikat2 rambut, kelam nak cari beg mekap bagai. hey kawan, ntah ntah mamat tu tgk kaw sebab ade cili kat gigi kaw. kaw lak dok gedik gedik menyotong cover yang kaw ni wanita paling cun kat alam semesta. tak perlu lahh macam tu. kalau kita ni dicopmohorkan oleh seorang adam sebagai perempuan perasan camne2.? suke ke.? mesti tak kann ----> tatau lak kalau ade yang suke. tak paham aku. ==" bajet smart lak orang yang jenis tak boleh terima kesalahan. oke, contoh, weyh, kaw buat ni salah lahhh. tengok jawapan kat depan tu. lalu dengan angkuhnya die menjawab, alaa, aku silap sikit je nih. jwapan die 34, jwapan aku 64, nanti aku betulkan lahhh. tengok tengok, berlagak tak berlagak spesies camni. kalau salah, tanya lah pada yang lebih tau, jangan berlagak pandai. t kaw jugak yang rugi beb. =="

tak perlu lahh nak cover cover sangat. just be ourself peeps. nape nak jadi orang lain kalau tak mendatangkan faedah pada kite kan.? mentang mentang seorang adam tu pakai jubah, serban. kaw pun dan dan nak tukar pakai jubah, tudung sampai buku lali sebab nak nampak perfect di mata seorang adam tersubut. padahal kat belakang <....speechless....> tak perlulah plastik sangat. tak kekal pun kalau tak buat dari hati.  am i rite.?

4- GILA GILA

gila yang ni aku tak kisah. gila yang ni aku suke. sempoi gile nak kawan dengan insan insan yang memiliki perangai camni. camne ea aku nak cakap, orang cmni easy going tw. sempoi gile. paham ta pe yang aku cuba sampaikan ni.? paham ta paham ta.? bagus, aku anggap korang paham ea.. 

oke, korang da bole taw tak korang gile yang mane.? kalau aku, aku nih gila shopping. pantang nampak ade sale, mula lah aku gedik gedik nak p kat sale tu. kalau aku ade duit ribu riban memang seminggu boleh habis kot. tang shopping aku memang aktif. tak kenal erti penat. gilakah aku.? :)

sekiranya ciri ciri yang aku cakap tadi tepat mengenai hidung, anak mata mahupun anak tekak sesiapa, aku mintak maaf. semua ni sekadar mainan imaginasi aku je. peace yawww.. sampai sini aje ea. mate dah berat. penat window shopping dengan kawan kawan tadi. jumpa lg. dhaaa semuaaa.

p/s : seronok ke habiskan harta mak ayah dengan shopping barang tak penting.? err.. errr. i've no answer :)

cheers :)

Wednesday, August 10, 2011

bangkit setelah lena yang panjang

Assalamualaikum reader(s)

oke, setelah last entry, aku da ta menulis, membebel, merepek, merapu panjang2 lagi kan kat blog aku ni. macam2 masalah. biarlah. abaikan.

di sebabkan aku dah lama meninggalkan dunia blogging, dah banyak outdated pasal isu semasa dunia blog dan sebagainya, aku amik langkah selamat, aku nak cerita pasal kawan2 aku kat tmpat aku study nih. aku tanak cite pasal assignment yg menggunung, aku tanak cite pasal masalah ak nak adapt dengan suasana kat sini.

aku nak cerita pasal ape eh.? sebenarnya bukan ke arah bercerita lahh. korang taw kan aku ni malas nak menulis, blog aku bertimbun dengan gamba je. kann kannnn.? aku suke, so what.?? err.. errr.. TERemo plak kan. tamo lah tulis pnjang2.

lets go thru the pics.







oke, first sekali, jom shoot minah yang sengaja bwt muka innocent nih. sebab die lahhh blog ni da lama d tinggalkan, readers ta ramai, serta follower d abaikan. marah die cepat.! sekarang...! >.<





student IT wajib bukak natang nih. kaw ade.??



lepas class. ta de menda ape na buat. bajet diva sangat lahhhh act camtu.? = ="  errr.. sukati aku lahhh na letak gamba ape pun. blog aku kannnn.?




pe motif pic nih.? aku pun tak taw.  :) dari kiri, nana, aku dan idah. <3





p/s : dah lame ta mmbebel kat sini, lupe skills na tulis entry pepanjang = ="