Friday, June 15, 2012

May Allah Bless You

Assalamualaikum reader(s)

sekuat mana ikatan, seteguh mana janji, bila  tiba waktunya, dia akan pergi. Percaturan Allah tak pernah salah. kadang kadang Allah tarik sesuatu yang indah daripada kita untuk kita sedar dan mensyukuri apa yang sedia ada di sekeliling kita. Selalunya yang indah tu takkan kekal lama. sebenarnyaa aku tak suka buat entry bila masa aku sedih. aku tak suka luahkan kesedihan aku dengan menulis. aku lebih selesa luahkan kesedihan aku pada orang. orang yang aku yakin boleh tenangkan aku, orang yang aku yakin boleh dengar segala yang aku luahkan. orang tu adalah sahabat. bagi aku kawan tak sama dengan sahabat. nilai sentimental sahabat lagi tinggi berbanding kawan. sebab dengan semua orang kita boleh berkawan. tapi bukan dengan semua orang kita boleh bersahabat. sahabat adalah seorang yang dekat hatinya dengan kita untuk faham apa yang kita rasa. dekat telinganya dengan kita untuk dengar luahan hati kita. dan dekat mulutnya dengan kita untuk berikan nasihat dan kata kata semangat. dulu aku lebih selesa simpan masalah aku sendiri. tapi kau yang ajar aku jangan simpan masalah. kau cakap kau sedia dengar semua masalah aku. susah senang semuanya kita selesaikan sama sama. bila aku dah terbiasa dengan semua ni, kau pulak yang pergi tinggalkan aku. pada siapa aku nak luahkan masalah aku lepas ni. pada siapa aku nak menangis lepas ni.? pada siapa.??

yes, aku ramai kawan. tapi tak semua kawan kene dengan jiwa aku. tak semua kawan suka dengar dan tolong selesaikan masalah kawan die. aku ada 2-3 orang sahabat yang rapat dengan aku. tapi tak serapat macam aku rapat dengan kau. aku selalu kalah dengan perasaan aku sendiri. aku tak kuat nak terima perpisahan. sumpah aku tak kuat. bila aku tau kau dapat tawaran tu, aku termenung sorang sorang. aku menangis kau tau.? sounds like "eleehhh, kau ye ye je nak menangis. drama lebih. orang lain pun sedih jugak. tapi takde laa over macam kau. orang yang dah bertahun tahun kawan dengan die ilek ilek je. kau yang baru 1 sem rapat dengan die nak poyoss nangis nagis bagai. booooooooo.!" well derrr. 1 sem tu aku berkepit je dengan die sampai mandi pun sama sama. boleh kau bayangkan betapa rapatnya kami.? boleh kau bayangkan betapa banyaknya memori yang kami bina sama sama.? boleh kau bayangkan macam mana kami gelak sama sama, menangis sama sama, lari lari sama sama, makan sama sama.? semuanya bersama sama. could you imagine that.??

Alhamdulillah, kau dah dapat apa yang kau impikan. aku tumpang gembira. you should know how obsessed I am to be a nurse. since i was in standard 6. aku study sciences sungguh sungguh. aku score biology sungguh sungguh demi impian aku. I really want to be a nurse.! at the end of the day, my mom said NO to my ambition. kau tahu betapa kecewanya aku.? kau tau betapa aku rasa sia sia aku study sciences bagai nak rak tapi akhirnya aku tak dapat apa yang aku nak.? kau tau macam mana rasa sedihnya bila kawan kawan kau tanya kau "ehh, dah isi SPA.? nak jadi nurse kan.? pegi laaa isi. mana tau ada rezeki". kau tau kan macam mana perasaan aku. kalau ikutkan hati, nak je aku isi borang tu senyap senyap dan buat keputusan sendiri. tapi bila aku fikir balik, aku takut apa yang aku dapat nanti tak berkat sebab ibu aku tak bagi. akhirnya aku kuburkan cita cita yang aku nak dari kecik. kau tahu macam mana sedihnya bila kita kene lupakan cita cita kita.? aku tak pasti samada kau faham apa yang aku rasa.

so, bila kau dah dapat apa yang kau nak, go for it.! make sure kau score sungguh sungguh. sebab ni yang kau pilih. kalau kau tak score, takde bezanya macam apa yang kau study benda yang kau tak minat kat PSIS tuu. buktikan yang kau memang layak jadi nurse yang berjaya. buktikan kat aku yang kau boleh teruskan cita cita aku. jangan risau. luka hati mak kau sebab kau tak dapat bomba dulu dah terubat bila kau dapat nurse ni. jangan hampakan keluarga kau. diorang harapkan yang terbaik untuk kau. so are we. kawan kawan kau ni pun doakan yang terbaik untuk kau. berat hati nak lepaskan kau pergi. kalau ikutkan hati aku nak halang kau daripada pergi jauh dari aku. tapi sampai bila aku nak tahan kau.? sampai bila aku nak gantung hidup aku dekat kau.? aku kena belajar berdikari kan. aku ada Yat, Anis, Nana dan kawan kawan lain. dorang pun boleh jadi terbaik macam kau. mungkin dorang boleh dengar masalah aku. insyaAllah. 

di akhir coretan ni, aku doakan yang terbaik untuk kau, aku minta maaf atas semua salah yang aku dah buat kat kau. aku mintak halal atas semua yang kau dah bagi kat aku atau apa yang aku ambil, terambil, sengaja ambil dan tiru. aku mintak maaf atas segala galanya. selamat berjayaa kawan.!


 

" ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meski kini kita terpisah demi kasihNya. namun cebisan kenangan kita masih bermain dibayangan mata. detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku " 


p/s : apa pun yang jadi kita tetap sahabat. jangan lupa janji kau nak datang kenduri kawin aku.           make sure kau amik cuti. no matter what happen. otherwise, you'll get the "reward"                       okayyy.. 



I Have A Dream and I'll Make it Happen. InsyaAllah XD

Assalamulaikum Reader(s)


Semua orang ada impian kan.? so i am. few days ago, i've got a message from my friend. he told me that " ehh qila, aku mimpi kau kahwin. pakai baju warna putih. suami kau tinggi gila.!" ouhhh demmit.! cemana die boleh mimpi macam tu.? aku hairan. apa yang buat aku hairan sangat ni adalah mimpi die. 

2/3 hari sebelum masa borak borak kosong dengan incik hati -->
 " nanti kita kawin pakai baju warna putih ehh.? abang pakai unipom polis"


************************berbalik kepada mesej kawan aku*************************** 


aku : yeke kau mimpi camtuu.? aku pakai baju cemana.? *muka eksaited dan nervous*
kawan : emm, kau pakai baju warna putih
aku : ...........~speechless~............  ouhhh yeke.. laki aku cemana orangnya
kawan : aku tak ingat la muka die. tapi tinggi gilaaaa.!
aku : ........~speechless again~........ *memang incik hati aku tinggi pun. sangat tinggi. sampai aku kene mendongak tengok die :'( *


aku pun dok heran sampai sekarang. macam mana die boleh mimpi dan sebut semua benda tu. padahal die tak pernah kenal dan tahu langsung kisah aku dengan incik hati. pelik tak pelik tak.? it just like camne ehhh. taktau laa camne nak terjemah into words. orang lain boleh mimpi pasal orang yang die tak kenal dan apa yang die mimpikan tu tepat. aku pun tak pernah mimpi camni,.! okayy, mungkin ni semua kebetulan. tapi bagi aku ni macam satu harapan kau tahuuu.? arggghhhhh tension makkk.! pheewww~

oleh itu, aku pun macam laju laju pergi kat encik google, tengok tengok baju pengantin. weyhhh.! apahal kau gedik sangat. kau baru 19 kau tahu.? gatal sangat nak kahwin. belajar pun tak habis lagi. hamboii, kemain kau saiko diri sendiri kann. Qila cool qila cool. ini cuma angan angan okayy. berangan la setinggi bintang pun. it is freeeeeee. jom tengok angan angan mat jenin versi Qila.! here wee goooooooo ~~



 

okayyy, firstly aku nak suruh incik hati bawak kawan dia kawad kawad macam ni. em, mungkin mereka akan duduk di barisan hadapan. kiranya macam pengiring pengantin la kann. alaaa, lek laa. nanti pengantin hulur hulur la sikit. boleh laa tolong. ea. boleh laa boleh laaa :')


 


nak duduk atas pelamin pun nak lalu bawah pedang pedang camni. make sure pegang pedang tu erat erat haaa. takut baju pengantin carik. hewhewhew


  

lepas tu tinggalkan pedang tepi pintu rumah, kita tangkap gamba ramai ramai. say chheeessseeeeeeee --> tudiaaaa, masing masing senyum nampak gigi habis :)


 

potong kek.? hemmmmm. yang ni tak sure la nak ke tak. tapi kalau ada potong kek bawah pedang pedang tu apa salahnyaa kann. nak nak.! 


 

kalau incik hati dah save budget pakai unifom keje je masa kahwin, boleh lahh aku membazir sikit. haha. tempah dress yang sedondon dengan unifom incik hati.  lepas tu ada budak kecik pakai dress jugak tolong pegangkan kain yang meleret kat belakang tu. ouhhh omey omeyy. rasa nak menangis :'(



 

camni lahh lebih kurang. tapi dress and make up akak ni aku tak berapa nak minat laa. tak beshhhh. tapi idea asal lebih kurang camni laaa. hehehe.



        

ini gaun pengantin muslimah. kira okayy la. lawa. kembang bawah pinggang. means that kalau pakai takde la nampak bumper depan sekolah tu kan.  tapi macam over lak kembangnyaa. pelik je nanti pakai. -.-"



 

aku minat camni. haaa. dia jatuh elok je kan. simple dan tak nampak serabut. leret die pun tak panjang sangat. tapi kene transform sikit into muslimah style. boleh kot.  arghhh. mesti boleh punya. aku tak kira. nak camni jugak.! haha


 

errr, tapi camni pun okayy kan. yang jarang tu kita tutupkan. simple je. tayah nak labuci labuci sangat. bubuh manik sikit sikit, sulam sikit sikit cukup.  buat cukup syarat je. janji nampak macam awesomeeee.! 


 

kad jemputan ni macam comel je kan. nak buat utk 1000 jemputan alamatnya sebulan sebelum majlis dah nak kena start buat. tapi size macam kecik. memamg la boleh besarkan. tapi nak letak aturcara lagi, plan lokasi lagi, undangan lagi, doa lagi. mana nak cukup ruang. besar mana kad jemputan aku tu nanti. ahahaha


 


this is more preferred. potostet banyak banyak. edar kat orang kampung. keje  sebulan dah jadi sejam je. kan senang tu. :)


 

selepas segala usaha, we are married.! ecececeyhhhh. tinggi angan kau.


okaylahhhh. mata pun dah mengantuk. angan angan pun dah tamat. see yaaa next entry. dhaaaa. Assalamualaikum :)


p/s : harap harap apa yang di impikan akan menjadi kenyataan. amiiinnnnn. insyaAllah XD 

Friday, April 20, 2012

KEJAYAAN TAK DATANG BERGOLEK

Assalamualaikum reader(s)

selalunya kita ni sebagai manusia nak kan semua benda jadi mudah. nak kan semua benda jadi cepat. kalau boleh semuanya nak harapkan miracle datang menjelma. nak nak lagi bila tengah sesak. otak pun tak boleh nak berfikir mana yang betul mana yang tak. bila kerja menimbun tak siap, mula la pejam mata sambil berhajat, mintak mintak la bila aku bukak mata nanti semua keje keje aku ni siap. lepas tu... bukak mata perlahan lahan.. taraaaaaaaa.!! @!#@$@#%!.. tak siap lagi rupanya. tengok, dah buang masa berapa saat pejam mata tadi. 

aku bukanlah seorang mahasiswi yang berdisiplin. aku suka habiskan masa aku dengan benda tak berfaedah tapi aku anggap dia berfaedah. antaranya adalah facebooking, twitering, blogging, stalking, gossiping, dan bermacam macam -ing lagi lahhh. kenapa aku cakap benda ni semua berfaedah bagi aku.? sebab perkara lagho ni lahh yang selalu menghiasi hari hari aku. sampai aku buntu bila aku tak buat ni semua. kalau aku malas nak online pakai lappy, aku boleh online pakai henfon aku yang cikai tu. tengok, macam mana aku nak buang tabiat ni semua kalau all of these stuffs always beside me.? nampak tak kat sini aku marahkan gadget gadget aku.? aku tak marahkan diri aku sendiri yang tak pandai kawal diri. nampak tak aku pilih kasih.? fine.! semua dah jelas. haha.

aku ada impian nak berjaya. aku ada impian nak banggakan family aku. aku ada impian nak bagi ibu dan ayah menangis gembira tengok kejayaan aku. aku nak kan yang terbaik untuk orang orang yang aku sayang. tapi aku ni malas. aku pun mengaku aku ni malas. malas sangat nak study. liat sangat nak baca buku. Encik ayah selalu cakap, kamu tu bukan tak pandai, bukan tak boleh buat. cuma malasnya besar sangat. sampai tak larat kamu nak bawak. nampak tak Encik ayah bagi sindiran pedas+berapi kat situ.? aku akui aku suka baca buku networking yang tebalnya beratus ratus muka surat. aku akui aku suka baca buku C++ yang harganya mencecah ratusan ringgit. aku akui aku tak pernah mengantuk dalam kelas Operating System sebab terlalu fokus dengan apa yang diajar oleh lecture. aku akui aku selalu menjadi orang pertama menjawab soalan Computer Organization apabila lecture utarakan soalan. aku akui apa yang aku cakap tadi semuanya dusta. aku akui.! faktanya adalah aku sangat suka baca novel novel PTS yang cover dia comel nak mati.! aku pernah cerita pasal minat aku kat PTS punya novel dalam blog ni. Click Here. aku ada bannyak buku buku macam ni. contohnya, Aku, Dia dan Glamour, Diva Kampung, Gadis Bubble Gum, Chronicle Gincu, Akukah Cinderella Itu? dan banyak lagilahh. nak pinjam meh datang rumah. ehh. promote pulak. haha.

Alhamdulillah. semester lepas aku berjaya buat salah satu dari impian aku. aku berjaya buat ibu aku menangis gembira. mungkin bagi akak akak, abang abang yang duduk universiti tu tengok aku dapat AKJ(Anugerah Ketua Jabatan) macam cikai cikai je. kau budak poli, boleh lah skor. lain lahh kami ni, budak U. susah. semua kene cari sendiri. well hello my dearest sista and brotha.! kami pun cari bahan kami belajar sendiri. kami buat study group sendiri. kami tak bergantung sepenuhnya pada lecture. fyi, we're just the same.! aku pun tak faham kenapa setengah student U bangga sangat dengan tittle UNIVERSITI tu. padahal budak poli pun grad keluar diploma jugak. manusia manusia -.- aku harapkan aku istiqomah dalam kejayaan aku. tapi.... aku ada 3 hari lagi nak exam dan banyak lagi chapter yang aku kena cover balik. huru hara lahh  hidup aku sepanjang musim exam ni. aku ni pun satu. exam pun nak, enjoy pun nak. cemana nak dapat anugerah lagi semester ni.? mampukah aku kekalkan sijil ni sampai semester 6.?? tepuk dada, tanya iman awak lah Qila. keep trying. 



dedicated to : semua yang saya sayang.! InsyaAllah, akan terus berusaha untuk menjadi yang lebih baik :)




okayy, nak kene out dan berhenti online semua nih. kakak kesayangan sudah bagi warning. a big sorry kakak sayang. hehe :)


p/s: good luck kepada semua kawan kawan yang akan amik final, doakan kejayaan kita bersama sama :)