Sunday, February 26, 2012

Time Arrangement

Assalamualaikum reader(s)


"Nobody is perfect. Semua orang tahu. Kita akan rasa seseorang itu perfect only if we know him/her secara surface. Tapi when you get to know that person deeper, the perfectness will shed away one by one gradually."--> from the gojes FL <3

Have you ever heard about multitasking.? yes, macam online sambil makan char kuey tiow, sikat rambut sambil ikat tali kasut, etc. mesti pernah kan.? okayy hari ni aku nak cerita pasal multitasking yang ada kaitan dengan study. contoh yang aku bagi tu takde kene mengena langsung dengan study kann. okay, kita rungkaikan sikit sikit.

Sebagai manusia yang tak lepas daripada melakukan kesilapan, aku sering mungkir dengan janji janji yang aku ucapkan pada diri aku sendiri. Contohnya, dulu aku pernah berjanji yang aku taknak online. Bukan sebab aku tak dapat internet connection dan bukan jugak sebab kawan sebelah bilik aku pinjam broadband yang aku ayah aku bayar rm48/month, tapi sebab aku nak biasakan diri aku agar tak lali atau ralit bila online.

Cuba korang bayangkan, bila kita online, berapa lama masa yang kita ambil.? habis alim ulamak pun mesti 1 hingga 2 jam kan. Tambahan pulak bila korang salah seorang pelajar harapan tunggal kat tempat korang study. mungkin korang akan buat revision depan lappy sambil facebooking, tweeting and maybe blogging. lepas tu kita tengok pembahagian masa pulak. dalam masa 1 jam, berapa puluh kali kita akan tengok lappy.? selang setengah jam nak update status sebab jumpa facts baru dalam buku yang kita baca tadi. lepas tu tukar angin, 2 minit sekali nak reply tweet daripada artis yang korang tegur tadi. kalau kita anggarkan mungkin dalam 1 jam tu, kita dapat baca 1/2 page sahaja. tu belum campur kalau sambil sambil tu makan kacang goreng cap Ngan Yin. belum nak kupas lagi, nak buang kulit kacang lagi. berapa lama sangat yang dapat kita spent untuk baca.? itu baru kita sentuh bab baca, belum nak paham + hafal lagi. I've gone through all of these and I know how badly it affects my study. 

Seriously I dont believe in multi-tasking. buat coding C++ sambil skype, message sambil buat assignment, etc. yes, memang aku buat semua tuu. aku message sambil buat C++, tapi tak banyak yang aku boleh focus pada C++ aku. lebih kepada message. kadang kadang aku cuba jugak untuk sedapkan hati sendiri, walaupun aku sibuk chat sana sini, aku ada baca chapter tu tadi. cuba tengok masa exam nanti, banyak mana yang kau boleh buat. kalau aku, i'm totally lost.! 

siapa kata membazirkan masa tu tak best.? siapa kata die tak pernah bazirkan masa dia walau 1 saat sekalipun. siapa.?? kita ni hanyalah manusia biasa. aku pernah 24hours online. aku hanya berenti apabila ada perkara yang memerlukan tumpuan penuh aku. lama kelamaan, aku jadi ketagih. aku tutup lappy, ikat charger kemas kemas, simpan dalam laci. at the end, aku cuma dapat bertahan 1/2 jam je. konon bukak lappy nak cari maklumat pasal operating system, networking bagai. last last hamek kau.! dok nganga depan FB  berjam jam. lepas tu baru kelam kabut. alamak, camno nih.? assigment bolum siap laei. namun untuk menjaga hati sendiri daripada mengecil, ayat ni akan keluar sebagai penenang suasana, ahhh, lepak dulu lahh. esok kelas petang. pagi boleh buat. online lagi sampai lewat malam pun boleh lagi. tapi tengok tengok pagi esok bangun lewat sebab stay up malam tadi. lastly, tiru kawan.! lepas tu masa exam melopong tak tau nak buat sebab sebelum ni asyik tiru kawan.



Nasib baik final exam itu hari aku lepas. Aku ni kadang-kadang terfikir, kenapalah aku nak learn the hard way when eventually kalau aku go with the flow mungkin aku tak rasa seksa sangat. kawan kawan aku lepak je masa study week tu. aku je yang macam kene sawan. nampak nota nak baca, nampak buku nak baca. bila kawan sebut benda yang kita taktauu, mula kelam kabut. padahal benda tu semua kita dah tauu kalau kita study dan buat preparation awal. Appreciate your time, handle your schedule wisely and know your priority. 

Nak online boleh, tapi study dulu, siapkan assignment dulu then reward yourself dengan membaca akhbar Metro online. haha

p/s: masalahnya aku nih student IT. semua notification atau announcement, test, kuiz, nota bagai semua online. bagaimanakahh.?? -.-


Tuesday, February 14, 2012

Antara Persahabatan dan Keegoan

Assalamualaikum reader(s)


Semua orang ada sahabat kan. Tak kira berapa ramai jumlahnya. Tapi dalam beribu sahabat kita, ada atau tidak terselit sahabat sejati kat situ.? Mungkin ada, cuma kita yang tak sedar. Lumrah dalam kehidupan, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam persahabatan.Ye, tak semua sahabat tunjukkan rasa concern, rasa kasih sayang didepan kita. tak semua sahabat akan menangis bersama kita. Tapi pernah tak kita terfikir yang mungkin kita ada ada sahabat yang memberi semangat di saat kita sedih walaupun sebenarnya die tak menangis bersama kita. Sahabat adalah seorang pendengar yang setia, boleh berkongsi apa juga rasa dan tak akan sesekali mengkhianati kita. indahnya persahabatan tu kan.

Tapi aku tak nafikan, bila kita bergaduh, bermasam muka dengan sahabat, segalanya terasa asing. Masing masing mula menjauhkan diri. Masing masing pasang ego yang maha tinggi. Rasa kasih sayang terhadap sahabat terus lenyap dari hati. Tapi pernah tak kita sedar sebenarnya dalam tak bertegur dia masih ambil berat pasal kita melalui teman teman yang lain.? Terbukti, 1 sikap ego boleh melenyapkan 1000 perasaan sayang. sedihnyaaa :(




Mempunyai teman sejati adalah lebih berharga daripada memiliki 10000 teman yang mementingkan diri sendiri. Semua pengalaman yang kita lalui bersama mereka kadang kadang terasa bosan, tak seronok, dan kadang kala... sepi.! Tapi tanpa kita sedari sebenarnya aspek itulah yang mewarnai erti persahabatan kita dan membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Semua orang nak kan sahabat sejati, tapi tak semua orang akan mendapat sahabat sejati. Tapi ramai yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun hancur kerana dikhianati dan diselangi sifat keegoan. Kini aku sedar apa itu persahabatan. Selalunya orang akan cakap sahabat yang sejati akan berada disisi kita bila kita memerlukan dan bila kita senang kita akan kongsi kegembiraan bersama.. Tapi tidak semua yang kita harapkan akan terjadi.. Ada tu sahabat yang kita rapat tapi diam diam dia tidak suka dengan kita. Ada juga kawan yang kita tidak suka akan membantu kita bila kita kesusahan. Semua itu kuasa Allah. Kita hanya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik.



Persahabatan,
lebih sukar dari AddMath,
lebih rumit dari Fizik,
lebih susah dari Biologi,
lebih payah dari LK,
TAPI,
persahabatan itu tak sebosan sejarah,
ia penuh dengan Chemistry.
Kerana persahabatan itu sistematik bagaikan
Prinsip Perakaunan.






p/s : Indahnya jika aku punya sahabat yang benar benar sejati :)









Saturday, September 24, 2011

PEREMPUAN DAN FESYEN

Assalamualaikum reader(s)

Nowadays, kalau kite jalan mane-mane mesti kite da boleh nampak  para jelitawan yang kenakan pelbagai jenis fesyen. aku tak cakap tak boleh, aku tak cakap tak elok. aku pun suka tengok budak-budak ni stylo. bermula dari plain shawl sampai ke bermacam-macam corak pashmina. diorang ni sangat peka pada perubahan yang terjadi pada dunia fesyen. contohnya bila orang cakap sekarang ni trend tapered pants, bergegas lahhh semua wanita dan perempuan #bukansemua# pergi ke mall berdekatan untuk merembat sekurang kurangnya 1 tapered pants. bila tapered pants dah tenggelam, keluar lak long skirt. maka ini jam jugak bergegas bukak blog-blog yang ade jual long skirt. and the list goes on, kesannya, banyak lahh baju yang dalam wardrobe tu sempat dipakai 2 atau 3 kali je. yela musim dah habis, takkan nak pakai baju yang sama je kann. nanti org kata, "you're so 2000 dowh.!" mana nak letak saham. merudum nyahh~

betul lahh kata orang perempuan ni ade 9 nafsu. nafsu kat sini besar skopnya ye. nafsu makan, minum, berlari, dan salah 1 nafsu yang cuba aku sampaikan ni adalah nafsu shopping. bila sekarang pattern shawl hana tajima, semua excited naak pakai shawl camtu. walaupun tahu muka dorang tak sesuai untuk pakai shawl macam tu. tapi takpe, fesyen punya pasal, sesuai atau tak, belakang kire. yeah, i know woman very well, coz i'm a woman too. aku pun tak terlepas tamparan 9 nafsu ni. orang beli make up, kite pn nak beli walaupun kite tw at the ends kite cuma pakai sekali dua je sebab segan.

so benda benda macam ni buat aku terfikir, apa yang aku kejaar sebenarnya.? kalau nak kan kepuasan, aku tak pernah puas pun, we sacrifice a lot just to impress others. macam tak berbaloi. what we can do is stop comparing ourself with others. sebab kalau kite keep compare diri kite dengan yang lain, kite tak kan pernah puas dengan pe yag kite ade. orang ade MAC, kite pun nak. orang ade simplysiti, kite pun nak. orang ade PRADA kite pun nak. secara tak langsung kite akan bersaing sesama sendiri walaupun hakikatnya both of you are bestfriends. sedar tak.?? lagi satu, bile kite sibuk na bersaing, bermake up bagai, secara langsung kite akan melewatkan segala urusan seharian kite.bila nak solat nak kena pakai remover and all. lepas tu nak make up lahh balik, lilit shawl lahhh, benda 10 minit dah jadi 45 minit.

apa yang kita kena ubah kat sini adalah cuba tahan nafsu kita yang 9 tu before they controlling our mind. kita juga bole cuba kurangkan stalk fashionista. bila kita tak stalk die, kite tak taw the latest fashion in market sekaligus dapat menjimatkan dan mengawal nafsu kite. sometimes, simple is more kann. tak perlu lahh nak ikut aliran fesyen sangat. tak terkejar. tapi, kalau dah minat, nak buat macam mana kan, terpulang lahh. kalau semua perempuan kat dunia ni fikir macam aku, takde lah fashionista. sepi la dunia tanpa hiburan kan.

apa yang paling penting kat sini adelah level of confidence. kite kene konfiden walaupun kita pakai baju kurung dengan crocs je. tapi janganlahh sampai mencapai tahap riak yang melampau sampai pergi kat mana-mana model sambil cakap "hello, aku cantik je walaupun tak pakai macam kaw~" memang aku gelak lah lepas ni kalau kaw pakai baju kurung dengan crocs kan. haha. bile kite simple ni, kite akan rase macam "i am pretty just the way i am" dan komfom tak kan terpengaruh lagi dengan orang laen. ohsem kan macam tu. hati tenang, duit pun selamat :)





 

1# saat menggilai shawl, eyeliner & mascara yang sometimes aku rase menyusahkan aku. ==" we learnt from mistakes kann .

 

2#keluar pulak patern cotton shawl. tanak kalah kau~



 

this is the most preferred. sekarang pegi mana-mana aku cuma pakaki syiria je. mula-mula memang rase macam i am not belong to that group bile ade kawan yang cantik-cantik, pandai bergaya. but, atas berkat keyakinan aku, aku berjaya menepis segala rintangan dan halangan yang menimpa #ayatnakskema#


p/s : ni hanya pendapat aku. everyones has their own opinion rite.? :)